Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat menjaga kesihatan dalam usaha menjadi masyarakat bermentaliti kelas pertama dan responsif terhadap persekitaran serta kesejahteraan hidup.
Titah baginda golongan yang sihat fizikal dan mental akan terkedepan berbanding golongan yang tidak aktif dan cergas.
"Beta berharap rakyat Perlis khususnya beriadah secara konsisten dan mengamalkan gaya hidup sihat," titah baginda semasa merasmikan program 'Kayuhan Gemilang Sehati Sejiwa 2017' anjuran Pejabat Parlimen Kangar sempena Hari kebangsaan 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di sini, malam tadi.
Keberangkatan tiba baginda sebelum itu disambut oleh Anggota Parlimen Kangar Ir. Shaharuddin Ismail.
Program itu yang disertai 50 orang daripada pelbagai latar belakang termasuk ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan SK Sena.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah aspek kebersihan diri dan persekitaran, pemakanan sihat termasuk tidak merokok dan meminum minuman keras serta menjauhi budaya yang melalaikan serta mendekatkan diri kepada agama hendaklah dijadikan amalan hidup.
Sementara itu, baginda turut mahu usaha pembanterasan jenayah serta penagihan dadah dan air ketum diperhebat.
Ini susulan penangkapan 580 penagih dadah serta 106 individu bersabit daun ketum di kawasan Parlimen Kangar selain turut merekodkan 66 kes kecurian motosikal bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Sempena program itu Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan sumbangan kepada 50 warga emas dan pesara serta golongan miskin dalam kawasan Parlimen Kangar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2017

Titah baginda golongan yang sihat fizikal dan mental akan terkedepan berbanding golongan yang tidak aktif dan cergas.

Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android
DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Lebih 50 peratus dewasa dijangka obes menjelang 2050 - Kajian
Unjuran itu dibuat dalam kajian global yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, yang menganalisis data dari lebih 200 negara.

Kes jangkitan HFMD meningkat tiga kali ganda di Filipina
Angka tersebut menghampiri tiga kali ganda berbanding 2,665 kes yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2024.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.

Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan hingga 2023, peratus kematian meningkat
Lima kanser utama ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, dan hati.

Jangan malu dapatkan rawatan kesuburan, bantu tambah populasi kelahiran - Nancy
Mereka digalakkan mendapatkan rawatan supaya tahap kesuburan dapat ditingkatkan seterusnya membantu menambah populasi kadar kelahiran di negara ini.

Hampir separuh pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kehilangan pekerjaan
Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan golongan berkenaan, terutama yang bergantung kepada rawatan dialisis jangka panjang.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.

Kenya tingkatkan pemantauan susulan wabak Ebola Sudan di Uganda
Sebagai langkah berjaga-jaga, sistem pemantauan telah dipertingkatkan di semua negeri dan pintu masuk.

Indonesia perkukuh strategi pengendalian FMD untuk kawasan zon merah
Sembilan wilayah zon merah itu termasuk enam di Jawa, bersama Lampung, Bali dan Nusa Tenggara Barat.