RAKYAT Malaysia sudah pasti tertunggu-tunggu pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) kedua Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) X50 yang sejak kebelakangan ini sedang hangat dibincangkan serta tular gambar-gambar 'spyshot' kenderaan itu di media sosial.

Video iklan Hari Merdeka Proton pada 31 Ogos lalu, seakan memberi bnayangan bahawa Proton X50 Segmen B itu bakal diperkenalkan tidak lama lagi!

Selepas pelancaran SUV sulung mereka Proton X70 pada tahun 2018 yang dinobat sebagai juara bagi SUV segmen premium, jenama nasional negara itu tidak menunggu lama dan hanya mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk melancarkan Proton X50.

Berdasarkan maklumat dalaman yang Astro AWANI 'korek' daripada rakan-rakan dalam dunia automobil dan Proton sendiri, pra-pelancaran (soft launch) model SUV segmen-B yang paling dinanti-nantikan itu dijangka akan dibuat pada bulan Oktober nanti.

Ini kerana difahamkan, jurujual Proton telah diarahkan untuk mengikuti latihan mengenai Proton X50 bermula minggu hadapan.



Kata sumber, tempahan juga sudah boleh dibuat sebaik pelancaran dan kemungkinan kereta itu akan diserahkan kepada pembeli pada Januari tahun hadapan.

Bagaimanapun, tarikh sebenar masih dirahsia untuk menambah rasa 'suspen' peminat SUV dan kepada peminat SUV anda sudah boleh pecah tabung, keluar dividen ASB dan sebagainya untuk buat bajet membeli kenderaan ini sekiranya anda berpuas hati dengan spesifikasi serta harga yang akan diumumkan nanti.

Namun adakah benar nama X50 akan digunakan? Berdasarkan spekulasi, nama tersebut muncul selepas tersebarnya gambar maklumat pendaftaran trademark dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia oleh Proton yang menunjukkan Proton bakal meneruskan penggunaan nama X50.


tersebarnya gambar maklumat pendaftaran trademark dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia oleh Proton yang menunjukkan proton bakal meneruskan penggunaan nama X50.

Proton X50 dikatakan mengambil rupa dan spesifikasi berdasarkan model Geely Binyue di pasaran China yang tersedia dalam dua varian iaitu 1.0 liter enjin turbo (134 hp dan 205 Nm) dan 1.5 liter enjin turbo (174 hp dan 255 Nm) beserta ciri-ciri dual zone, climate control, power adjustable driver dan panoramic sunroof.

Bagaimanapun menurut orang dalam Proton, X50 dijangka akan mengambil variasi enjin 1.5 liter dengan pengecas turbo.

BACA: Selepas X50, Proton akan keluarkan dua lagi model rekaan tempatan

Melihat kepada spesifikasi yang lebih rendah dengan SUV segmen B berbanding Proton X70 Segmen C, harga Proton X50 juga dijangka akan lebih rendah sekaligus menjadi pencabar terbaru kepada jenama import lain yang berada dalam lingkungan harga yang sama.

Geely sudahpun melancarkan Geely Coolray (X50) di pasaran Filipina dengan harga permulaan sekitar RM78,000 untuk varian termurah, RM87,000 untuk varian pertengahan dan juga RM96,000 untuk varian paling premium.

Anggaran awal harga Proton X50 yang tular di media sosial dan berdasarkan 'cakap-cakap' rakan-rakan Proton ia bermula RM75,000 untuk spesifikasi asas sehinggalah RM89,000 untuk spesifikasi premium, bagaimanapun ia masih belum ditentusahkan.

Sama-sama kita nantikan kereta nasional negara ini!

P/S: Cuba kita semua rakyat Malaysia berdoa sempena dengan 63 tahun kemerdekaan negara tahun ini dan 'teaser' Proton X50 dalam iklan merdeka, mana tahun model itu akan dijual dengan harga serendah RM63,000 ke walaupun tidak masuk akal........aminnnnn.....






** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !