KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik kedai makan di sini, tidak menyangka video Tik Tok yang memaparkan pondok miliknya yang dilihat 'papa' dari luar, namun mewah di dalam bukan sahaja tular di dalam negara, malah ke Indonesia serta mencapai hampir 20 juta jumlah tontonan.
Video berdurasi tiga minit 13 saat itu pada awalnya menunjukkan bahagian luaran pondok tersebut yang kelihatan sangat buruk dan usang kerana zink berkarat serta dinding papan lapis hampir roboh sehingga mengundang rasa hiba penonton.
Kesedihan serta perasaan simpati itu bagaimanapun bertukar menjadi teruja dan kagum setelah melihat dekorasi bahagian dalam pondok itu dengan tatarias sangat mewah bagaikan hotel lima bintang, diserikan dengan kemasan berwarna emas untuk sinki, tab mandi dan mangkuk tandas.
Baharuddin Mamat, 66, berkata setelah video tersebut tular, dia tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang ke kedai makannya sejak dua minggu lepas kerana mereka turut mahu melihat sendiri keunikan pondok tersebut.
"Sejak siap ubah suai dengan kos RM11,000 tiga tahun lepas, memang saya selalu terima pelawaan orang ramai yang ingin bergambar dan merakam video pondok itu untuk dimuat naik ke akaun media sosial masing-masing.
"Namun, ini pertama kali ia menjadi tular di pelbagai portal termasuk di Indonesia dan memberi impak yang sangat kuat kepada perniagaan saya, masakan asam pedas di kedai makan semakin laris dalam tempoh singkat," katanya kepada Bernama hari ini.
Terkenal dengan gelaran Pok Din Lejeng, dia berkata niat asalnya mengubah suai pondok tersebut adalah untuk dijadikan tempat berehat selepas kepenatan bekerja di kedai makannya yang terletak bersebelahan.
"Di sini jugalah tempat saya dan pekerja menunaikan solat, malah saya turut membenarkan pelanggan menggunakannya sekiranya tandas di kedai makan penuh. Ada juga pelanggan wanita yang menukar lampin bayi mereka di sini kerana saya mahukan mereka selesa ketika menjamu selera di kedai makan.
"Pada mulanya, kebanyakan pelanggan seolah-olah berat hati ketika saya meminta mereka menggunakan tandas dan ruangan berehat di pondok tersebut kerana dari luar, ia nampak agak 'menakutkan', tapi persepsi itu berubah sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam," katanya.
Selain tandas mewah dengan rona emas, pondok itu juga mempunyai ruang bacaan, sebuah katil, penyaman udara, sistem audio dan ruang komputer.
Bapa kepada tujuh anak itu berkata dirinya terhibur membaca pelbagai komen netizen di media sosial dan menjadikannya sebagai motivasi untuk terus menyediakan yang terbaik kepada pelanggan kedai makannya yang terletak di Jalan Sultan Mohamad di sini.
Menurut Baharuddin, dia tidak akan mengubah suai bahagian luar pondok tersebut kerana mahu keunikan tersebut dikekalkan seperti asal.
"Saya turut berterima kasih terhadap sokongan ramai pelanggan yang datang dari jauh termasuk Johor semata-mata mahu melihat sendiri keunikan pondok ini.
"Sekiranya ia memberi kesan positif kepada industri pelancongan dan peniaga kecil-kecilan yang lain di Terengganu, saya berdoa itu menjadi amal jariah saya dan semoga lebih ramai mendapat inspirasi daripada pondok ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022
Terkenal dengan gelaran Pok Din Lejeng, beliau berkata niat asalnya mengubah suai pondok tersebut adalah untuk dijadikan tempat berehat selepas lelah bekerja di kedai makannya yang terletak bersebelahan. - Bernama
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Pondok dari luar dilihat 'papa', di dalam mewah tular sehingga luar negara
Seorang pemilik kedai makan di sini, tidak menyangka video Tik Tok yang memaparkan pondok miliknya yang dilihat 'papa' dari luar, namun mewah di dalam bukan sahaja tular di dalam dan luar negara.