Berikut adalah senarai 10 kata carian 'terhangat' di Google Malaysia sepanjang bulan Julai 2016.


1. Pokemon Go

Pemainan mudah alih ini menjadi satu fenomena selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Susulan itu, peminat Pokemon di Malaysia tidak ketinggalan untuk mendapat maklumat berkenaan pelancaran aplikasi itu di pasaran Asia.

BACA: Demam Pokemon Go: 8 perkara yang anda perlu tahu


2. Ira Kaza

Video tarian anak Kaza Saisi, Ira kaza menggemparkan internet, baru-baru ini.


3. Portugal vs Frace/Euro Final/Final Euro 2016

Portugal menjuarai trofi antarabangsa utama yang pertama selepas mengejutkan tuan rumah Perancis 1-0 pada perlawanan akhir Euro 2016.

BACA: Ronaldo menjuarai Euro 2016 sebagai seorang 'jurulatih' - Netizen

BACA:Portugal juara Euro 2016



4. Piala Malaysia 2016

Peminat bola sepak tempatan mencari skor/keputusan kejohanan serta jadual perlawanan yang berlangsung.


5. Turkey Coup/Turkey/Turkey News

Pada 16 Julai lalu, tentera Turki melancarkan rampasan kuasa di Erdogan. Susulan itu, netizen mencari maklumat terkini berkenaan situasi gempar yang berlaku di negara itu.

BACA:Tentera Turki lancar rampasan kuasa


6. Qandeel Baloch

Seorang selebriti media sosial Pakistan, Qandeel Baloch yang dikenali sebagai ‘Kim Kadarshian Pakistan’ dibunuh oleh abangnya atas nama 'maruah’ .


7. Sultan

Keturunan Tambi Sultan menjadi berita uatama apabila generasi pertama hingga keenam berkumpul dalam Majlis Perjumpaan Ramah-Tamah Aidilfitri 2016 di Kuching, Sarawak,


8. Lights Out

Filem seram yang diambil berdasarkan sebuah filem pendek YouTube ini dilancarkan pada 21 Julai.


9. Ruhainies

Pelakon tempatan ini menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan suami penyanyi Adira Suhaimi seperti yang tersebar di internet.


10. Star Trek Beyond

Trailer terbaharu yang dilancarkan pada 21 Julai lalu menarik perhatian peminat Star Trek Beyond di seluruh dunia.