Pokemon Go, permainan realiti telefon pintar, yang secara beransur-ansur menawan dunia maya, boleh membantu mereka yang mengalami masalah gangguan psikologi, menurut seorang ahli psikologi terkemuka.
"Ia memberi beberapa faedah untuk semua jenis masalah psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan," kata Dr Edward Chan, perunding psikologi utama di Pusat Psikologi Antarabangsa, di sini.
"Sebagai contoh, mereka yang mengalami kemurungan dapat melupakan pemikiran negatif apabila bermain permainan ini, yang secara tidak langsung mampu bangkit dan meneroka dunia luar," katanya.
Selain kemurungan, katanya, Pokemon Go turut membantu mereka yang mengalami masalah serius seperti fobia dan kebimbangan sosial kerana ia adalah satu motivasi yang sangat baik bagi golongan ini untuk bangkit semula.
"Mereka akan mula berinteraksi dengan pemain lain dalam permainan ini di luar daripada hanya berkurung di rumah. Pada masa sama, ia akan meningkatkan keyakinan diri dan kemampuan bersosial," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang tiada bantahan untuk permainan itu diperkenalkan di negara ini, Dr Chan memuji langkah tersebut.
"Ini menunjukkan kita terbuka dengan perkara baharu, selain tanda negara ini sanggup menerima perubahan dengan menyesuaikan diri bersama perkembangan teknologi dan perubahan sosial," katanya.
Baru-baru ini, Salleh berkata Malaysia tidak menentang atau mengehadkan aplikasi permainan mudah alih percuma yang akan diperkenalkan di negara ini, walaupun sesetengah negara telah berbuat demikian.
Pokemon Go, yang dibangunkan Niantic Incorporation, Amerika Syarikat telah mencatat sejarah baharu permainan realiti menerusi aplikasi telefon pintar.
Walaupun aplikasi permainan itu akan diterima di negara ini, Dr Chan yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang psikologi, menasihatkan bakal pemainnya agar tidak terlalu taksub sehingga mengalih tumpuan daripada perkara yang harus diutamakan.
"Setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan Pokemon Go adalah sesuatu yang negatif, namun jika sehingga seseorang itu terganggu, mengabaikan hubungan atau pelajaran, ia pasti bukan sesuatu yang baik," jelasnya.
Pokemon Go adalah permainan konvensional 'sembunyi dan cari' yang diangkat ke tahap baharu yang memerlukan pemainnya mencari dan melawan karektor maya, berdasar lokasi dunia sebenar yang dikesan menerusi telefon pintar.
Aplikasi permainan percuma itu dikeluarkan secara rasmi pada 6 Julai lepas di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Ketika ini ia sudah sampai di 30 negara.
Sehingga kini belum ada tarikh tetap untuk ia diperkenalkan di Malaysia, tetapi aplikasi permainan itu mungkin disediakan untuk pengguna Android dan iOS mulai September ini.
Bernama
Sat Jul 30 2016
Pokemon Go turut membantu mereka yang mengalami masalah serius seperti fobia dan kebimbangan sosial kerana ia adalah satu motivasi yang sangat baik bagi golongan ini untuk bangkit semula. -Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Pokemon Go bantu elak kemurungan, kata pakar psikologi
Pokemon Go turut membantu mereka yang mengalami masalah serius seperti fobia dan kebimbangan sosial kerana ia adalah satu motivasi yang sangat baik bagi golongan ini untuk bangkit semula.