SEBUAH kumpulan pancaragam dari Malaysia muncul juara di Kejohanan Pipe Band Dunia di Scotland, yang berlangsung pada Sabtu.
Sri Dasmesh Pipe Band dinobatkan sebagai juara bagi kategori Gred 4B 'drumming' dan 'best parade'.
Mereka mencatat markah tertinggi keseluruhan selain muncul sebagai pasukan perarakan terbaik.
Pencapaian cemerlang di Glasgow itu adalah hasil latihan keras demi memberikan yang terbaik untuk bersaing dalam pertandingan tersebut.
Ini merupakan kali kedua band tersebut mengambil bahagian dalam siri kejohanan dunia yang dianjurkan oleh Persatuan Band Paip Diraja Scotland itu.
"Kami mahu memberi peluang kepada anak muda di Malaysia untuk bermimpi dan mencapai impian mereka.
"Ini menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia juga mempunyai pemuzik bertaraf dunia, " kata wakil kumpulan itu, Tripert Singh.
Tripert juga menganggap kemenangan mereka sebagai hadiah untuk Hari Kemerdekaan negara yang ke-62, bulan ini.
Kira-kira 8,000 pemain yang menganggotai 195 kumpulan menyertai pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu.
Selain Malaysia, 13 negara negara lain yang turut bertanding ialah New Zealand, Australia, Kanada, Austria, Switzerland, Eire, Amerika Syarikat, Belgium, England, Sepanyol, Ireland Utara dan Scotland.
Sri Dasmesh yang mengambil nama sempena Guru Sikh yang kesepuluh, ditubuhkan pada tahun 1986 adik-beradik, Sukdev Singh dan Harvinder Singh.
Astro Awani
Sun Aug 18 2019
Sri Dasmesh Pipe Band dinamakan juara bagi kategori Gred 4B. - Foto/Jesmesh Singh
Agenda AWANI: MoU peruntukan pembangkang gagal: Apa selepas ini?
Selepas MoU peruntukan pembangkang ini gagal, apa langkah seterusnya untuk memastikan kestabilan politik dan ekonomi?
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Jumlah kumulatif kes MPOX (setakat 4 September 2024)
Untuk rekod, jumlah kumulatif global adalah sebanyak 103,898 kes. Asia dengan 5,403 kes.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Pencapaian Malaysia membanggakan, tapi jangan berpuas hati
Kerajaan tidak boleh berpuas hati walaupun kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG) agak baik berdasarkan 248 indikator yang digariskan.
Tingkatkan siap siaga hadapi segala kemungkinan
Ibu bapa pantau keadaan anak sepanjang cuti persekolahan, terutama melarang bermain air ketika banjir.
200 rumah di Nibong Tebal hampir tenggelam
Lebih 200 rumah di lima kampung di Nibong Tebal, Pulau Pinang dinaiki air susulan hujan lebat.
Liek Hou tidak letak sasaran di Glasgow
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou enggan letakkan sebarang sasaran pada Kejohanan Empat Negara Para Badminton Antarabangsa 2024 di Glasgow.
Kejohanan Berbasikal Dunia: Nurul Izzah, Anis Amira pulang awal
Nurul Izzah yang mencatatkan 11.183 saat menduduki tempat ke-31, manakala Anis Amira yang mencatatkan 11.410s di tempat ke-33.
COP26 labuh tirai dengan perjanjian iklim baharu
Presiden COP26 Alok Sharma menahan sebak dan meminta maaf ketika menyampaikan ucapan penutup.
Tuan Ibrahim berbahasa Melayu di Scotland
Kemunculan Tuan Ibrahim itu sekali gus menutup mulut banyak pihak yang membidasnya kerana tidak hadir ke acara berkenaan.
Tuan Ibrahim ketuai delegasi ke COP26, meterai Deklarasi Pemimpin
Malaysia menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah dan Ikrar Metana Global.
COP26: Pemimpin dunia ikrar tamat penebangan hutan menjelang 2030
Lebih daripada 100 pemimpin berikrar untuk menamatkan kegiatan penebangan hutan menjelang tahun 2030.
COP26: Greta Thunberg tiba di Glasgow melalui kereta api
Ketibaan remaja berusia 18 tahun itu di Stesen Kereta Api Glasgow disambut sekumpulan media.
'Ini jiran kami, lepaskan mereka', komuniti Glasgow halang tindakan pihak imigresen
Penunjuk perasaan mempersoalkan tindakan pihak imigresen menjalankan serbuan pada hari pertama Aidilfitri.
COVID-19: Scotland umum sekatan peringkat tertinggi di 11 kawasan
Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon mengumumkan 11 kawasan akan dimasukkan ke dalam sekatan koronavirus peringkat tertinggi negara itu selama tiga minggu.
Pipe band dari Malaysia muncul juara kejohanan dunia
Kumpulan pancaragam dari Malaysia muncul juara di Kejohanan Pipe Band Dunia di Scotland, yang berlangsung pada Sabtu.