KUALA LUMPUR: Perkhidmatan pelancongan digital menyaksikan peningkatan dalam kalangan pengguna terutama yang tinggal di kawasan bandar, dengan tujuh daripada 10 pengguna digital bandar di Malaysia menggunakan perkhidmatan berkenaan.
Kategori itu dijangka berkembang sebanyak 56 peratus tahun ke tahun dan menyumbang AS$8 bilion (RM36.18 bilion) kepada ekonomi digital Malaysia menjelang 2025.
Pengarah Serantau, Indonesia dan Malaysia Google Cloud Megawaty Khie berkata, pemain dalam ekosistem pelancongan tidak boleh terlepas pandang kepentingan penawaran perkhidmatan digital yang sentiasa aktif, ringkas, diperibadikan dan selamat.
Beliau berkata trend carian Google bagi tempoh 16 Julai 2022 hingga 15 Julai 2023 mencadangkan bahawa industri berkaitan boleh mengambil peluang yang ditawarkan oleh pemulihan pelancongan Malaysia.
"Di Malaysia, permintaan perjalanan udara masuk antarabangsa - penerbangan oleh bukan pemastautin ke sesebuah negara - mengalami peningkatan besar-besaran berdasarkan jumlah carian Google bagi tempoh 1 Ogos 2022 hingga 30 Jun 2023.
"Pada 1 Ogos 2022 - hari Malaysia menarik balik sekatan COVID-19 yang lain - menyaksikan peningkatan permintaan perjalanan masuk tahun ke tahun sebanyak 1,180 peratus.
"Kebangkitan semula ini berterusan sehingga separuh pertama 2023. Antara 1 Ogos 2022 hingga 30 Jun 2023, permintaan perjalanan masuk menyaksikan peningkatan keseluruhan tahun ke tahun lebih 188 peratus," katanya kepada pemberita pada taklimat berkenaan Pemulihan dan Pertumbuhan Pelancongan Malaysia: Trend, Peluang dan Inovasi di sini hari ini.
Pelancongan digital merujuk kepada penggunaan peralatan digital untuk mengatur, mengurus dan menikmati pengalaman perjalanan.
Khie berkata sejak tahun lepas, pertanyaan carian berkaitan dengan "kad kredit pelancongan" dan "insurans pelancongan" di Malaysia masing-masing telah meningkat lebih 750 peratus dan lebih 250 peratus, manakala pertanyaan carian tentang "pelancongan perubatan" di negara ini juga meningkat lebih 60 peratus dan "visa nomad digital" bertambah 350 peratus.
"Apabila kita mempertimbangkan impak ekonomi pelancongan, selalunya terdapat tumpuan pada sumbangan daripada bidang teras seperti penerbangan dan penginapan - dan ia adalah wajar. Namun, analisis kami juga menonjolkan impak pelancongan terhadap sektor lain, daripada perkhidmatan kewangan kepada penjagaan kesihatan, kepada runcit dan pengangkutan," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga menjalinkan kerjasama strategik dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Asia Mobiliti, disokong oleh rakannya CloudMile dan PointStar yang akan mengguna pakai awan data terbuka Google Cloud untuk membawa pengalaman pelancongan digital yang mampan.
Dalam pada itu, Khie berkata Google Cloud telah memperkenalkan sumber dan penyelesaian baharu yang tersedia buat organisasi di Malaysia untuk membantu mereka berinovasi dengan kecerdasan buatan (AI) generatif yang cepat, selamat dan bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Perkhidmatan pelancongan digital dijangka berkembang sebanyak 56% tahun ke tahun dan menyumbang AS$8 bilion kepada ekonomi digital Malaysia menjelang 2025. - Gambar hiasan/Freepik
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI Ringkas: Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di tebing sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 8th Nov 2024
#AWANITonight 8 Nov 2024 with Saraya Mia
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
Bedah siasat mayat dua beranak mangsa tikam selesai, dikebumi malam ini
Jenazah dua beranak yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam, semalam, dituntut ahli keluarga mereka malam ini untuk dikebumikan.
AWANI Tonight: Artwork from AI robot 'Ai-Da' sells for $1.3mln at Sotheby's
A painting by a humanoid robot artist called 'Ai-Da' has made history by selling for $1.32 million USD at Sotheby's, the first time a humanoid robot has had its work sold by a major auction house.
AWANI Tonight: How will digital tech enhance food security?
Anujar Kar at the World Bank highlights the strategies and investments to enhance productivity and resilience in Malaysia’s agrofood sector, in the face of geopolitical tensions and climate change.
AWANI 7:45 [7/11/2024] – Pertukaran trup MALBATT diteruskan | Apa seterusnya kes FashionValet? | Waspada hujan lebat, banjir | Ina Naim selamat diijabkabulkan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tidak gentar Zionis, Angkatan Tentera Malaysia teruskan pertukaran trup Malbatt
📌 Pembantaian di Gaza terus jadi tumpuan persidangan dunia, tapi apa tindakan?
- Lebih lima jam Vivy dan suami disiasat SPRM hari ini, apa pula menanti?
- Kemuncak Monsun Timur Laut hujung bulan ini, taburan hujan lebih tinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tidak gentar Zionis, Angkatan Tentera Malaysia teruskan pertukaran trup Malbatt
📌 Pembantaian di Gaza terus jadi tumpuan persidangan dunia, tapi apa tindakan?
- Lebih lima jam Vivy dan suami disiasat SPRM hari ini, apa pula menanti?
- Kemuncak Monsun Timur Laut hujung bulan ini, taburan hujan lebih tinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Upah RM5,000 hantar dadah hampir RM2 juta dari Semenanjung ke Miri
Dua suspek itu ditangkap dalam operasi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Projek Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis dijangka siap Mac 2025
Projek Jambatan Batang Rajang, dan Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis sepanjang 17 kilometer (km) dijangka siap menjelang Mac 2025.
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Perkhidmatan pelancongan digital catat peningkatan pengguna di bandar - Google Cloud
Kategori itu dijangka berkembang sebanyak 56% tahun ke tahun dan menyumbang AS$8 bilion kepada ekonomi digital Malaysia menjelang 2025.