PERINTAH kawalan pergerakan yang mula dilaksanakan pada Rabu mungkin memberi implikasi kepada orang ramai apatah lagi kurang pergerakan fizikal yang boleh dilakukan seperti berekreasi di taman atau bersenam di gimnasium.
Walau demikian, perintah ini bukanlah bermakna ia mengekang aktiviti fizikal harian. Malah, terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan dengan hanya berada di ruang tamu sendiri.
Buat selebriti kesihatan dan kecergasan tanah air, Kevin Zahri beliau sudah tidak asing lagi dengan menganjurkan kelas senaman fizikal melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Beliau juga sudah pernah menjalankan pelbagai aktiviti yang menumpu kepada senaman dan kesihatan fizikal di media sosial seperti program “Cabaran Jom Kurus” pada tahun 2019.
Berikutan penularan wabak COVID-19 yang mewajibkan langkah penjarakan sosial diambil serta kawalan pergerakan setiap individu, Kevin mula melakukan sesi siaran langsung “Live Home Workout” selama 30 minit untuk kali kedua pada minggu ini di laman Facebook dan Instagram beliau.
“Keadaan kawalan pergerakan bukan alasan untuk duduk diam di katil dan menonton TV selama 24 jam yang akan membawa kepada masalah lain," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Menurutnya, program senaman santai ini telah mendapat sambutan yang baik dari para penonton dan turut menerima maklum balas dari penonton yang berasal dari merata tempat seperti Singapura, Brunei dan Amerika Syarikat (A.S).
Buat yang sedang bercuti tanpa melakukan apa-apa di rumah, pergerakan badan yang terhad akan menjejaskan rutin pembakaran kalori harian lalu mengundang risiko kenaikan badan dan perasaan stress.
“Atas sebab ini juga amatlah penting untuk kita bersama tingkatkan kecergasan.
Penting juga untuk seseorang mengenalpasti keadaan sekeliling, dan untuk tidak menyerah diri pada keadaan," tambahnya.
Beliau juga turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengaktifkan diri sebaik yang mungkin serta mengamalkan pemakanan yang sihat terutamanya apabila menghabiskan masa di rumah.
Kevin juga aktif memuat naik pelbagai informasi tentang senaman yang boleh diamalkan di rumah sendiri.
Beliau juga kerap dalam memuat naik video senaman di akaun YouTube.
Aza Jemima Ahmad
Thu Mar 19 2020

Buat Kevin Zahri, selebriti kesihatan dan kecergasan tanah air, beliau sudah tidak asing lagi dengan menganjurkan kelas senaman fizikal melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram. -Foto INSTAGRAM Kevin Zahri
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.