Pulau Pinang sekali lagi menduduki tangga teratas carta destinasi menjamu selera terbaik dunia, mengatasi beberapa tempat terkenal lain seperti Bangkok dan Paris berikutan pengesahan penulis masakan terkenal dunia, James Oseland.
Oseland, 53, penulis, editor majalah dan hakim program realiti Amerika, berada di Pulau Pinang hingga 20 Julai ini dalam misi mencari makanan terbaik negeri ini untuk dimuatkan di dalam buku terbaharu beliau.
Wartawan yang menjadi penulis masakan sejak 20 tahun lepas ini berkata, minat memasak tidak dapat dipisahkan dengan diri beliau kerana ia merupakan satu-satunya perkara yang mendekatkan diri beliau dengan bapanya.
"Emak saya tidak begitu pandai memasak berbanding bapa saya. Jadi, masakanlah merapatkan hubungan antara kami kerana kami berkongsi minat serupa," katanya dalam temu bual di kediaman 'The Ghouse' di Jalan Makloom, di sini hari ini.
Oseland, yang sudah lima kali datang ke sini, kali pertama pada 1982, berkata walaupun masa berlalu dan keadaan persekitaran banyak berubah dengan kemunculan begitu banyak bangunan tinggi, namun kualiti makanan di sini tetap seperti dulu.
"Cara makanan dimasak sungguh menarik; suasananya amat menakjubkan dan persaingan antara pekedai untuk menghidangkan makanan paling lazat menyebabkan mereka sentiasa menjaga kualiti.
"Kalaulah saya diminta memilih tiga tempat terbaik di dunia sebagai destinasi makanan, Pulau Pinang sudah tentu mendapat nombor satu, diikuti Mexico City dan London," katanya.
Untuk buku terbaharunya, yang dijangka terbit dua tahun setengah lagi, Oseland berkata beliau akan memberi fokus terhadap makanan tradisional yang disediakan di rumah kerana ia adalah cara terbaik untuk memahami budaya seseorang.
"Masa berlalu, generasi muda, khususnya, tidak lagi berminat untuk mempelajari resepi asli dan orang memandang remeh terhadap makanan. Sebab itulah saya ingin mendokumentasikan resipi ini bagi memastikan budaya itu terus hidup," katanya.
Menurut Oseland, sejak hari pertama berada di Pulau Pinang pada 15 Julai, makanan kegemarannya ialah nasi campur ala Pulau Pinang, nasi kandar dan hidangan penjaja seperti 'chee cheong fun'.
Ketika di sini, Oseland juga belajar cara memasak 'nasi kenduri' daripada Sabrina Ghouse, jurumasak tempatan, yang terkenal kerana kemahirannya menyediakan hidangan untuk majlis perkahwinan dan sebagainya.
Ditanya bagaiamana beliau bercadang untuk mengekalkan keaslian rasa sesuatu masakan memandangkan orang Barat dan orang Pulau Pinang mempunyai cara memasak dan cita rasa berbeza, Oseland berkata beliau mempunyai keistimewaan dapat mengingati rasa setiap makanan dan tahu sekiranya ia bukan rasa sebenar.
Memandangkan beliau akan meninggalkan Pulau Pinang dua hari lagi untuk ke Kedah sebelum ke Indonesia dan Timor Leste, Oseland, yang tahu sedikit sebanyak berbahasa Melayu, berkata, "Pulau Pinang sentiasa di hati" dan berjanji akan datang lagi ke sini setelah menyiapkan bukunya itu.
Bernama
Sun Jul 17 2016

Oseland mahu mencari pengalaman kulinari terbaik dari negeri Pulau Pinang. - Foto AFP

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penulis masakan terkenal sahkan Pulau Pinang destinasi jamu selera terunggul dunia
James Oseland berada di Pulau Pinang hingga 20 Julai ini dalam misi mencari makanan terbaik negeri ini untuk dimuatkan di dalam buku terbaharu beliau.