KUALA LUMPUR: Peningkatan penggunaan peranti digital peribadi seperti telefon pintar, tablet dan fon kepala dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda di seluruh dunia menimbulkan kebimbangan mengenai risiko kehilangan pendengaran akibat bunyi bising (NIHL).
Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dan Pediatrik ENT di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Priatharisiny Velayutham berkata sebelum ini, NIHL dikaitkan terutamanya dengan pendedahan bunyi bising dalam industri.
"Dengan peningkatan penggunaan peranti peribadi sedemikian, NIHL menjadi semakin biasa dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda. Lebih memburukkan keadaan, jenis kehilangan pendengaran ini adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan," katanya dalam kenyataan.
Dr Priatharisiny berkata terdapat beberapa tanda awal kehilangan pendengaran yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa kerana tanda dan gejala sedemikian lazimnya tidak disedari.
Beliau memetik statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang mendapati 466 juta individu di seluruh dunia mengalami kehilangan pendengaran, dan angka itu dijangka hampir dua kali ganda menjelang 2050.
"Penemuan yang paling membimbangkan ialah 60 peratus daripada kes berkenaan boleh dicegah," katanya.
Beliau berkata satu petunjuk biasa gejala awal adalah sekiranya kanak-kanak sering mendengar televisyen atau peralatan elektrik lain pada nada tinggi, mereka juga mungkin menghadapi kesulitan di sekolah seperti kesukaran mengikut arahan atau ketinggalan dalam akademik, selain mengalami pertumbuhan perbendaharaan kata yang lembap.
Menurut Dr Priatharisiny, masalah kelewatan pertuturan dan bahasa juga boleh menjadi amaran penting kerana kanak-kanak mungkin menghadapi masalah menyebut perkataan atau memahami orang lain.
Justeru, katanya amat penting bagi ibu bapa membawa anak mereka menjalani ujian pendengaran secara berkala untuk mengesan NIHL.
"Apabila melibatkan NIHL, kuncinya ialah pencegahan. Para ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau penggunaan peranti peribadi dalam kalangan kanak-kanak dan mengehadkan pendedahan kepada bunyi bising," katanya.
Dr Priatharisiny berkata ibu bapa perlu memastikan anak mereka berehat seketika semasa menggunakan peranti dan mengesyorkan penggunaan penyumbat telinga atau peralatan perlindungan bunyi dalam persekitaran yang bising seperti konsert.
Ibu bapa juga perlu mengambil langkah untuk mengehadkan pendedahan anak-anak mereka terhadap peranti peribadi, kerana remaja yang menggunakan fon kepala lebih 80 minit menghadapi risiko kehilangan pendengaran 4.7 kali lebih tinggi berbanding mereka yang menggunakan peranti itu kurang 80 minit sehari.
"Satu cara yang berpotensi ialah menetapkan pemasa untuk tempoh 30 minit hingga sejam penggunaan fon kepala bagi mengelakkan risiko kehilangan pendengaran jenis ini," katanya.
Selain itu, Dr Priatharisiny menekankan kepentingan intervensi awal dan pemeriksaan pendengaran secara berkala kerana penangguhan tindak balas terhadap kehilangan pendengaran boleh mengakibatkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.
"Ramai individu yang kehilangan hingga 50 peratus pendengaran pada masa mereka mencari bantuan atau berjumpa pakar," katanya.
Beliau berkata pilihan rawatan yang paling lazim ialah alat bantu pendengaran bagi kehilangan pendengaran sederhana sehingga teruk dan implan koklea bagi kes yang lebih serius.
"Alat bantu pendengaran membantu menguatkan bunyi dan memberi pendengaran yang lebih baik, tetapi memerlukan beberapa tempoh pelarasan dengan pakar audiologi. Disebabkan peningkatan bunyi, memakai alat bantu pendengaran kerap membantu otak menyesuaikan diri dengan lebih baik," katanya.
Selain intervensi awal dan saringan berkala, Dr Priatharisiny turut berkongsi beberapa nasihat kepada ibu bapa dalam membantu anak mereka meminimumkan risiko NIHL, seperti mengehadkan penggunaan peranti peribadi pada awal usia dan menggalakkan aktiviti seperti membaca dan mendengar buku audio atau cerita berbanding menonoton video atau televisyen.
Beliau berkata kajian dari Amerika Syarikat baru-baru ini mendedahkan bahawa 17 peratus remaja hari ini menunjukkan tanda-tanda NIHL, dengan dianggarkan 1.1 bilion remaja dan dewasa di seluruh dunia terjejas dengan kehilangan pendengaran, terutamanya disebabkan oleh penggunaan fon kepala dan peranti pemain muzik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024

Ibu bapa perlu mengambil langkah untuk mengehadkan pendedahan anak-anak mereka terhadap peranti peribadi. - Gambar hiasan

KSN buat lawatan mengejut ke UTC Kuantan
Lawatan mengejut itu memberi gambaran jelas mengenai apsek yang perlu ditambah baik di UTC Kuantan, kata Shamsul Azri.
Shafie sahkan Warisan bertanding solo semasa PRN
Presiden Parti Warisan yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti pimpinannya setakat ini memilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah secara solo.

Hamas seru rundingan segera fasa kedua gencatan senjata
Hamas sokong cadangan Mesir untuk pembinaan semula Gaza termasuk gesaan pembentukan kerajaan peralihan untuk mentadbir wilayah tersebut.
Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Tidak hormat Ramadan, Israel sasar masjid di Tebing Barat di mana penduduk Palestin mengutuk tindakan tentera Israel membakar sebuah masjid bersejarah di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki ketika melakukan serbuan pada Sabtu.
12 cedera dalam insiden tembakan dekat sebuah pub di Toronto
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam insiden tembakan dekat sebuah pub di Toronto pada Jumaat malam.
11 terbunuh dalam serangan Rusia di Timur Ukraine
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 30 lagi cedera, termasuk lima kanak-kanak, dalam serangan peluru berpandu dan dron oleh Rusia di bandar Dobropillia, Timur Ukraine.
Dua sukarelawan maut, lapan cedera di Narathiwat
Dua anggota sukarelawan pertahanan terkorban manakala lapan cedera dalam insiden letupan bom di Daerah Sungai Golok, Narathiwat pada Sabtu malam.
Op Taring: Seorang PATI, individu positif dadah ditahan di Rantau Panjang
Dua lelaki termasuk seorang pendatang tanpa izin (PATI) ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9, Briged Tenggara selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan di Pangkalan Haram Pohon Buloh, Rantau Panjang, Kelantan.
260 anak pokok hiasan disyaki bawa serangga perosak dirampas
260 anak pokok tanaman hiasan yang dipercayai berisiko membawa serangga perosak dan penyakit dirampas dalam satu sekatan jalan raya di Lalang Pepuyu, Rantau Panjang pada Sabtu.

'Anak mami yang cantik, Lyla Mulan Teh' - Atikah Suhaime
Bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal pada jam 5.17 petang.

Peningkatan penggunaan peranti, kanak-kanak berisiko hilang pendengaran - Pakar ENT
Terdapat beberapa tanda awal kehilangan pendengaran yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa.

Hampir 120,000 peranti digital diserah kepada murid B40 - KPM
Ia sebahagian daripada inisiatif pemberian peranti digital kepada 150,000 murid B40 yang dilaksanakan Yayasan Hasanah.

Anak muda kumpul dana lebih RM50,000 beli komputer riba buat pelajar miskin
Lebih 100 pelajar kurang berkemampuan di sekitar Petaling Jaya bakal menerima komputer riba.