SEBUAH jenama baju Amerika Syarikat dikecam oleh netizen setelah baju-T untuk kanak-kanak perempuan seolah-olah tidak menggalakkan mereka untuk menjadi artis.

Baju-T yang dihasilkan oleh jenama Old Navy, anak syarikat kepada kumpulan Gap Inc., mempunyai reka bentuk yang ringkas dengan perkataan “Young Aspiring Artist” namun perkataan “Artist” dipangkah dan digantikan dengan perkataan “Astronaut” dan “President”.

Antara yang meluahkan rasa tidak puas hati di Facebook adalah seorang seniman daripada Nashville, Kelly McKernan.

“Saya tidak menyangka syarikat sebesar dan berpengaruh seperti itu (Old Navy) boleh meluluskan reka bentuk baju-T yang menggalakkan kanak-kanak untuk menyekat daya kreatif mereka,” katanya di Facebook.

Dear Old Navy, this is deeply disappointing. As a mother and a career artist, I'm astounded that a company as large and...

Posted by Kelly McKernan on

Sentimen yang sama turut diluahkan di Twitter:





Susulan reaksi negatif netizen, Old Navy dalam satu kenyataan berkata mereka tidak akan menjual baju-T itu lagi dan akan menarik balik produk tersebut daripada kesemua kedai mereka.

“Di Old Navy, kami mengambil tanggungjawab kami kepada para pelanggan dengan serius. Kami tidak berniat untuk menyinggung sesiapa dan memohon maaf jika itu yang berlaku.

"Baju-T kami mempunyai reka bentuk lain yang memaparkan penari balet, unicorn, lori dan dinosaur. Ia adalah untuk menggalakkan pelbagai aspirasi,” kata jurucakap Old Navy, Debbie Felix, dipetik dari Mashable.