NAMPAKNYA tempias populariti Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad turut dirasakan oleh syarikat pengeluar kasut terkemuka, Bata.
Beberapa hari lepas, sekeping gambar Tun Mahathir mengenakan sepasang selipar Bata di sebuah majlis makan malam tular di media sosial.
Gambar itu dimuat naik ke Instastory seorang pengguna Instagram dengan nama pengguna @azranshah.
Ia mendapat reaksi positif netizen yang kagum dengan sifat Perdana Menteri ketujuh itu yang merendah diri dan tidak mementingkan harga dalam memilih barangan untuk digunakan.
Menurut maklumat, reka bentuk selipar itu berjenama Bata telah berada di pasaran sejak 20 tahun lalu dan hanya berharga RM12.
Bata, menerusi entri di Facebook pada Khamis, memaklumkan selipar yang dipakai Tun Mahathir itu kini merupakan yang terlaris di pasaran kini.
"Aksesori Ramadan 2018 paling laris, seperti yang dipakai oleh Tun Mahathir. Dapatkannya di kedai-kedai berdekatan atau secara atas talian!" entri itu menyebut.
Menjawab satu pertanyaan di ruangan komen, Bata secara bergurau berkata mereka mungkin akan menghubungi Tun Mahathir untuk 'berbincang soal royalti'.
Madiha Abdullah
Fri May 18 2018
Gara-gara digayakan Tun M, selipar yang sudah 20 tahun di pasaran itu kembali popular. - Facebook Bata
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
COVID-19: Bata sumbang 1 juta pasang kasut buat sukarelawan, petugas kesihatan serantau
Beberapa buah negara di Eropah, Amerika Latin, Afrika, Asia-Pasifik serta India bakal menerima sumbangan tersebut.
Penangan Tun Mahathir dan selipar RM12
Netizen kagum dengan sifat Perdana Menteri yang merendah diri dan tidak mementingkan harga dalam memilih barangan untuk digunakan.