KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan program Iftar@KL semalam dan hari ini di Jalan Raja, Dataran Merdeka di sini.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata penganjuran Iftar@KL kali ini yang berkonsepkan berbuka puasa secara duduk bersila beralaskan tikar bakal menerima 20,000 pengunjung termasuk pelancong asing untuk semalam dan hari ini.
"Tujuan program ini adalah untuk mengimarahkan dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui pengisian aktiviti, merapatkan silaturrahim serta toleransi antara kaum menerusi program dan aktiviti bagi menyemarakkan kebudayaan dan kesenian Islam kepada pelancong tempatan dan antarabangsa menerusi Program Pelancongan Budaya," katanya kepada pemberita di sini semalam selepas hadir pada Majlis Iftar@KL.
Beliau yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing turut mengagihkan sumbangan Aildilfitri kepada 40 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Titian Kaseh.
Iftar@KL yang dianjurkan oleh JKKN merupakan anjuran bersama rakan strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Persatuan Seni Budaya Putra serta disokong oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Antara pengisian menarik ialah Majlis Pelancaran Malam Tujuh Likur yang mana ia menjadi tradisi masyarakat Melayu memasang lampu pelita menjelang penghujung Ramadan dengan simbolik pelancaran tetamu kenamaan menyalakan Pelita Panjut Gergasi Lima Sumbu di Dataran Merdeka.
Pelita Panjut Gergasi Lima Sumbu ini berukuran 6.1 meter panjang dikelilingi 100 buah pelita kecil akan mula dinyalakan mulai 15 April sehingga jam 12 tengah malam pada 20 April untuk memeriahkan dan mewarnai suasana pada waktu malam di Kuala Lumpur serta sebagai menandakan kegembiraan warga kota menyambut kedatangan Aidilfitri di samping memberi pengalaman unik kepada pelancong asing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023

Khairul Firdaus menurunkan tandatangannya pada gimik pelancaran program Iftar@KL 2023 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 8 April lalu. - Gambar fail BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kes tipu umrah: Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira - Timbalan Menteri MOTAC
Kertas siasatan kes penipuan umrah melibatkan syarikat Hejira Travel & Tours Sdn Bhd telah lengkap.

Tipu umrah: Polis terima 141 laporan libatkan kerugian lebih RM3 juta
Syarikat berkenaan berdaftar dan memperoleh lesen daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjalankan aktiviti umrah bermula 2023 hingga Mac 2027.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.

Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.

Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.

MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.