MEMANCING udang galah, atau turut dikenali sebagai 'si jenggo' dalam kalangan peminat pancing sangat mengujakan, terutama sekali apabila tangkapan mereka membuahkan hasil.

Tetapi awas! Tahukah kawasan yang mungkin anda sangkakan sebagai lubuk udang galah mungkin jadi tumpuan sang buaya?

Seorang pemancing tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Zaimi, berkongsi pengalaman beliau terserempak dengan 'si bujang senang' ketika memancing udang.



Zaimi menasihatkan agar sesiapa yang berminat memancing udang di kawasan yang dipercayai sebagai lubuk udang harus lebih berhati-hati.

"Elak bawa makanan berasaskan daging kerana buaya amat sensitif dengan bau-bauan berasaskan daging.

“Paling penting mulut jangan celupar dan elak sebut perkataan ‘buaya’ sebaliknya berilah gelaran lain," katanya ketika ditemui krew Randuk semasa menjalani pengambaran di Temerloh baru-baru ini.

Apabila ditanya, Zaimi berkata beliau lebih selesa mengelarkan buaya sebagai ‘pak tua’, ‘orang tua’, ‘kayu balak’ atau ‘Lacoste’

Ikuti program Randuk setiap Ahad 12.45pm di Astro AWANI saluran 501 atau menerusi laman web www.astroawani.com/randuk