Pulau Pinang melancarkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) ketiga di Southbay Plaza, Batu Maung, dekat sini pada Sabtu.
PDL yang merangkumi keluasan 353.03 meter persegi, direka dengan konsep kontemporari moden dan terdiri daripada empat kawasan utama iaitu ruang pendaftaran, perpustakaan digital, lounge dan Pusat Pembelajaran STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik).
Ketua Menteri Chow Kon Yeow, yang merasmikan majlis pembukaan berkata penubuhan PDL Batu Maung adalah selaras dengan inisiatif kerajaan negeri menjadikan daerah Barat Daya Pulau Pinang sebagai hab tarikan.
"Konsep perpustakaan komuniti ini adalah inisiatif terbaru kerajaan negeri dalam menyediakan kemudahan kepada rakyat dengan platform dan rangkaian yang lebih luas (untuk sambungan), melibatkan kos pembinaan dan operasi yang sangat minimum," katanya dalam ucapan dan menambah kerajaan negeri akan bekerjasama rapat dengan pemain utama industri di bawah konsep 4P (Public-Private Professional Partnership).
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung Datuk Abdul Halim Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Datuk Ho Hon Sang dan Ketua Pegawai Operasi Everlyn Khaw.
Sementara itu, pada sidang media, Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) Bharathi Suppiah berkata pada masa ini, pangkalan data PDL Batu Maung terdapat kira-kira 3,000 e-buku dan jurnal.
Beliau berkata PDL akan bekerjasama dengan Perpustakaan Negara untuk mengakses lebih banyak e-buku pada masa depan.
"Kami menjangkakan mempunyai lebih 20,000 e-buku bagi pangkalan data PDL kami menjelang tahun depan," katanya.
Beliau juga berkata PDL keempat yang terletak di Dewan Ria, Butterworth, telah 85 peratus siap.
"Infrastruktur perpustakaan digital keempat di Dewan Ria, akan siap Disember tahun ini dan dijangka beroperasi Januari 2020," tambah beliau lagi.
Projek pertama PDL diperkenalkan pada 2016 dengan pembukaan bangunan PDL pertama di Jalan Masjid Negeri dan fasa kedua PDL (PDL-P2) yang direka berdasarkan konsep Perpustakaan dalam Taman, dibuka pada Januari lepas di lokasi sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 02 2019
![P. Pinang lancar perpustakaan digital ketiga di Batu Maung P. Pinang lancar perpustakaan digital ketiga di Batu Maung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81572711631_FBChowKonYeow.jpg)
PDL akan bekerjasama dengan Perpustakaan Negara untuk mengakses lebih banyak e-buku pada masa depan. - Facebook Chow Kon Yeow
![Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740014244_tbberpisahwargaas.jpg)
Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.
![ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740013283_tbJDTJordiAmatLi.jpg)
ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'
![Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729390471_tbSriGanes.jpg)
Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.
![Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740011702_TBMuhammadSufi.jpg)
Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740012887_tbAnwarIbrahim.jpg)
Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
![Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738629024_TBParlimen.jpg)
Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran
![Wanita warga asing maut ditikam Wanita warga asing maut ditikam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708067593_TBgarisanpolis.jpg)
Wanita warga asing maut ditikam
Seorang wanita warga asing ditemukan mati dengan beberapa kesan tikaman di Flat Taman Indah, Batu Maung, semalam.
![Op Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU Op Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715616052_APM.jpg)
Op Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
![Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701221889_TBBombajpg.jpg)
Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang r
![Kes pengubahan wang haram RM9.22 juta bekas ADUN Batu Maung dipindah ke Mahkamah Butterworth Kes pengubahan wang haram RM9.22 juta bekas ADUN Batu Maung dipindah ke Mahkamah Butterworth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627289821_SPRMDAKWAKOPERASI.jpg)
Kes pengubahan wang haram RM9.22 juta bekas ADUN Batu Maung dipindah ke Mahkamah Butterworth
Kes bekas ADUN Batu Maung Datuk Mansor Musa yang menghadapi 58 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.22 juta akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Butterworth.
![Langgar SOP raikan Aidiladha, 25 warga Bangladesh didenda RM5,000 Langgar SOP raikan Aidiladha, 25 warga Bangladesh didenda RM5,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627034580_Bangladeshsambutr.jpg)
Langgar SOP raikan Aidiladha, 25 warga Bangladesh didenda RM5,000
Mereka yang berumur antara 23 hingga 41 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu.
![Budak 2 tahun maut, lemas dalam besen rumah pengasuh Budak 2 tahun maut, lemas dalam besen rumah pengasuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61614740789_matilemas.jpg)
Budak 2 tahun maut, lemas dalam besen rumah pengasuh
Nenek mangsa berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa cucunya itu selepas menerima panggilan daripada anak lelakinya.
![PKPB Mukim 12 Barat Daya: 10 sekatan jalan raya di enam lokasi mulai tengah malam ini PKPB Mukim 12 Barat Daya: 10 sekatan jalan raya di enam lokasi mulai tengah malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51604586745_SEKATANJALANRAYA.jpg)
PKPB Mukim 12 Barat Daya: 10 sekatan jalan raya di enam lokasi mulai tengah malam ini
Polis tidak menutup laluan sepenuhnya sebaliknya hanya melaksanakan SJR di enam lokasi di daerah Barat Daya.
![Penunggang motosikal maut badan terputus dua dalam kemalangan Penunggang motosikal maut badan terputus dua dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81575028077_badanterputus.jpg)
Penunggang motosikal maut badan terputus dua dalam kemalangan
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di jalan bertingkat Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, menghala ke Batu Maung, petang Jumaat.
![Kementerian Kerja Raya kaji semula semua projek infrastruktur Kementerian Kerja Raya kaji semula semua projek infrastruktur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61530866547_NAIKTARAF.jpg)
Kementerian Kerja Raya kaji semula semua projek infrastruktur
Kementerian itu bertanggungjawab untuk membina infrastruktur yang baik bagi meningkatkan taraf hidup rakyat, keutamaan akan diberi kepada projek-projek yang melibat dan diperlukan oleh rakyat.
![Tukang gunting cedera dikapak pelanggan di Batu Maung Tukang gunting cedera dikapak pelanggan di Batu Maung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/41385295131_295x200.jpg)
Tukang gunting cedera dikapak pelanggan di Batu Maung
Mangsa dikenali sebagai Semanathan, 30-an menerima lebih 30 jahitan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang.