KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks terutamanya ketika negara sedang dilanda fenomena El Nino bagi mengelak terkena strok haba sepanjang menjalani ibadah puasa.
Pensyarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan Komuniti, Dr Suhainizam Muhamad Saliluddin berkata, pengambilan makanan daripada kandungan itu seperti buah kurma akan terurai secara perlahan sekali gus menyebabkan tempoh kenyang lebih lama berbanding pengambilan gula putih.
"Pemakanan yang mengandungi gula putih baik untuk pengekalan tenaga, tetapi apabila satu hingga dua jam selepas sahur, tenaga berkurangan akibat proses penguraian yang pantas," katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV hari ini.
Beliau berkata, strok haba adalah penyakit disebabkan kepanasan melampau yang didahului dengan kekejangan haba diikuti kelesuan haba yang antara lain berlaku apabila suhu badan meningkat, jantung berdenyut laju, pening atau sakit kepala dan keletihan melampau.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebelum ini memaklumkan fenomena El Nino bermula pertengahan tahun lepas boleh berterusan sehingga pertengahan tahun ini.
Sementara itu, ketika diminta mengulas isu tular menerusi media sosial berkaitan kurma yang dimakan bersama mentega, Dr Suhainizam berkata, ia tidak boleh dijadikan amalan dalam pemakanan.
"Kurma bagus kerana mempunyai gula kompleks, tetapi apabila digabungkan dengan mentega yang mengandungi lemak tinggi boleh mendatangkan masalah lain.
"... termasuklah yang tular tentang isu meminum air dengan meletakkan garam celtic, bahaya jika amaun yang ditambahkan dalam minuman tidak tepat, akan menyebabkan terjadinya masalah lain," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Orang ramai dinasihati mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks terutamanya ketika negara sedang dilanda fenomena El Nino bagi mengelak terkena strok haba sepanjang menjalani ibadah puasa. - Gambar hiasan Bernama
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Kepungan Israel sekat 83 peratus bantuan makanan ke Gaza - Data terbaharu
Hidangan makanan bagi penduduk telah berkurangan daripada dua kali sehari kepada sekali sehari.
Olimpik Paris 2024: Atlet Great Britain dakwa ada cacing dalam makanan
Dia mendakwa terdapat atlet yang menjumpai cacing dalam makanan yang disediakan oleh pihak pengajur buat atlet di dewan makan.
Sultan Ibrahim gemar masakan kampung, pedas - Cef Hamdan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tidak cerewet dalam pemilihan santapan tetapi seboleh-bolehnya sajian yang disediakan perlulah mempunyai sedikit rasa pedas serta tidak terlalu manis.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat
Tinjauan CAP di seluruh negeri mendapati tahap ketidakpatuhan peniaga terhadap keperluan meletakkan tanda harga masih meluas.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Kos tenaga, makanan global dijangka meningkat pada 2024 - Laporan Boao Forum
Terdapat kemungkinan berlaku lonjakan kos tenaga dan makanan global pada 2024 yang berpotensi memburukkan lagi inflasi di Asia.
KPDN Kelantan selamatkan lebih 2,000kg makanan, minuman di Bazar Ramadan Rahmah
Makanan yang terkumpul diagihkan kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT), gelandangan dan golongan memerlukan.
Orang ramai dinasihat ambil makanan mengandungi karbohidrat kompleks sepanjang Ramadan
Pengambilan makanan mengandungi karbohidrat kompleks ketika fenomena El Nino boleh bantu elak terkena strok haba sepanjang menjalani ibadah puasa.