ATLET renang Great Britain, Adam Peaty, berasa kecewa terhadap pihak penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 kerana tidak berjaya menyediakan makanan yang cukup sihat buat para atlet.

Dia mengeluh dan mendakwa terdapat atlet yang menjumpai cacing dalam makanan yang disediakan oleh pihak pengajur buat atlet di dewan makan.

"Saya menyukai makanan saya tetapi terdapat atlet yang menjumpai cacing dalam ikan mereka. Ia tidak cukup bagus.

"Pihak katering tidak cukup bagus dalam menyediakan makanan buat atlet untuk beraksi. Katanya kepada USA Report.

Begitupun, pihak yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan menafikan dakwaan Adam Peaty dan menjelaskan bahawa: "Tiada bukti mengenai kenyataan yang dibuat itu dan ia jelas menimbulkan dakwaan yang agak keras." Katanya keapada TMZ Sports. - Stadium Astro