DEK kerana istimewanya novel Salina karya Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, syarikat penerbitan Helmy Samad Production berazam untuk menerbitkan kembali karya agung itu.
Menurut Helmy Samad, pemilik syarikat itu, beliau telah lama berhasrat untuk menerbitkan novel Salina edisi khas sempena 60 tahun penghasilannya.
Namun, kerana masalah-masalah tertentu yang dihadapi beliau dan syarikatnya termasuk kewangan, hasrat tersebut agak lambat dapat direalisasikan.
"Penerbitan novel Salina untuk edisi ulang tahun 60 tahun ini sebenarnya sudah lama dalam kepala, sudah 2-3 tahun cuma tidak ada semangat nak terbitkan dengan dunia buku ini sekarang.
"Cuma sejak akhir-akhir ini saya terfikir, Pak Samad menulis Salina ini tahun 1958-1959. Dia menang tempat kedua. Masa itu di Singapura. Saya ingat saya nak terbitkan tahun ini.
"Saya ada war-warkan hasrat nak terbitkan Salina ini di Facebook dan Instagram saya Dari situ, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan minat untuk bekerjasama menerbitkannya," katanya kepada Astro AWANI.
Edisi khas Salina sempena ulang tahun ke-60 ini mempunyai dua versi iaitu yang berkulit keras dan kulit lembut, serta harganya juga berbeza.
Menurut Helmy, edisi kulit keras merupakan kerjasama dengan DBP manakala untuk edisi kulit lembut, syarikatnya memilih bekerjasama dengan Nuha Books.
Mengulas mengenai kerjasama ini, Helmy menjelaskan ia sangat penting bagi syarikat-syarikat penerbitan kecil seperti syarikatnya.
"Kerjasama ini sangat penting dari segi modal dan saya sebagai sebuah syarikat penerbitan kecil. Apabila kecil, saya kerja sendiri.
"Bila nak terbitkan buku, saya akan upah pekerja berdasarkan kontrak. Jadi, ini memerlukan dana, selain penerbit perlukan ruang untuk menyimpan buku," katanya lagi.
Beliau juga menjelaskan, tidak timbul sebarang masalah untuk bekerjasama dengan dua syarikat berbeza kerana hak penerbitan dipegang oleh syarikatnya.
Bagi peminat-peminat karya Pak Samad, edisi kulit keras ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia menggunakan rekabentuk kulit edisi pertama.
"Hanya 1,000 naskah dicetak untuk edisi kulit keras dan 1,000 naskah untuk kulit lembut," katanya.
Pembaca yang berminat untuk mendapatkan novel Salina edisi khas ini boleh membuat pesanan menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 016-3496999.
Salina edisi kulit keras dengan jaket dijual pada harga RM75 manakala kulit lembut dijual pada harga RM45 senaskah.
Novel edisi khas sempena ulang tahun ke-60 ini dijangka mula berada di pasaran sekitar 20 September nanti.
Irwan Muhammad Zain
Thu Sep 12 2019
Helmy berkerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerbitkan versi kulit keras novel Salina sempena ulangtahun ke-60. - Gambar Astro AWANI
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.
Dialog Tiga Penjuru: Tenaga kerja hari ini perlu anjal, teroka pelbagai bidang kerjaya – Shahril Hamdan
Young Global Leader World Economic Forum (WEF), Shahril Hamdan berkata tenaga kerja hari ini perlu anjal dan meneroka pelbagai bidang kerjaya berbanding kekal dalam satu bidang kerjaya semata-mata. Jelasnya, sikap anjal ini merupakan solusi untuk pastikan seseorang kekal relevan dalam pasaran kerja yang berubah pantas seiring trend global. #DialogTigaPenjuru
Novel Salina edisi khas sempena ulang tahun ke-60 bakal dipasarkan
Menurut Helmy Samad, beliau telah lama berhasrat untuk menerbitkan novel Salina edisi khas sempena 60 tahun penghasilannya.
Tiada keperluan lanjut had umur bersara - PM
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada keperluan untuk melanjutkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun.
Syarikat upah pekerja berusia lebih 60 tahun disaran kemuka cadangan dapatkan insentif tertentu
Syarikat-syarikat yang mengupah pekerja berusia lebih 60 tahun disaran mengemukakan cadangan untuk mendapatkan insentif tertentu.
Inisiatif 'Negaraku' lahirkan sikap positif, yakin kepada negara - Salleh
Inisiatif 'Negaraku' bertunjangkan semangat cintakan Malaysia yang bakal dilancarkan kerajaan akan mendorong rakyat mengetepikan sebarang perbezaan.
Usia 60 tahun bukan penghalang duduki SPM
Chong Sing Woh ingin membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk berjaya dan melepasi halangan dalam kehidupan.