Malaysia Airlines Berhad (MAB) sekali lagi berhadapan dengan kritikan ke atas mutu hidangan mereka apabila seorang netizen memuat naik gambar bihun goreng yang disifatkan sebagai ‘telanjang’ di akaun Twitter.

Menurut pengguna Twitter @faizalhamssin, bihun goreng tersebut dihidangkan dalam penerbangan MH731 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Faizal bersama teman sekerja beliau menaiki penerbangan berkenaan pada jam 3:15 petang, Rabu lalu.


Gambar bihun yang disifatkan Faizal ‘lebih telanjang’ berbanding bihun goreng yang dijual di kantin sekolah ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Kisah nasi lemak telanjang berulang?

Insiden ini mirip perisitiwa ‘nasi lemak telanjang’ yang ditimbulkan oleh Chef Wan pada tahun 2014 yang mengeluh tentang sarapan tersebut dalam penerbangan beliau ke Bangkok.

Kali ini, respon netizen tidak berubah. Rata-rata meluahkan rasa kecewa terhadap mutu hidangan yang tidak dititikberatkan.





Ada juga beberapa pengguna Twitter yang memuat naik foto hidangan dari syarikat penerbangan lain sebagai perbandingan.





Bagaimanapun, terdapat netizen lain yang tidak menyelar semata-mata namun berkongsi rasa simpati dan memahami kedudukan MAB yang kini sedang menjalankan proses penstrukturan semula dan penjimatan untuk memulihkan kedudukan kewangan di bawah kendalian Ketua Pegawai Eksekutif Christoph Mueller.





Respon MAB

MAB membalas twit Faizal melalui akaun Twitter rasmi @MAS dengan menyatakan kekesalan mereka terhadap insiden tersebut serta kesediaan untuk menerima sebarang maklum balas.