SEBUAH restoran di Hentian Rehat & Rawat (R&R) telah menyentak netizen apabila meletakkan caj sebanyak 30 sen untuk servis ikat tepi air minuman.

Seorang pembeli yang memesan Air Limau Asam Boi berharga RM3.50 terkejut apabila mendapat resit bayaran tambahan 30 untuk servis berkenaan menjadikan harga minumannya menjadi RM3.80.

Resit bayaran itu telah dimuat naik di media sosial dan dikongsikan semula di Facebook Anafora Metafora tengah Khamis.

Biarpun nilainya kecil, netizen rata-rata menyelar tindakan peniaga terbabit yang mengenakan caj untuk servis berkenaan.

"Kalau ikatan yang sah aku tak tahulah berapa harga. Hurm. Membujanglah kau sampai tua," perli Bob Jeans.



Tambah Biskut Kering pula; "Tali itu mahal... Kau ingat percuma?"

"Ikat tepi punya value bukan sekadar verbal sekarang tetapi sekali dengan caj Ringgit Malaysia dah... Haha," tulis Lee Cooper.

Malah, netizen juga berang dengan caj yang tidak masuk akal itu.

Sumber: Metafora Anafora
Sehingga kini foto resit bayaran minuman itu masih menjadi perdebatan netizen yang masih belum berpuas hati dengan caj servis berkenaan.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Metafora Anafora