Sempena bulan mulia ini, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin mengambil kesempatan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki bersama yang memerlukan.
Badan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan Naza itu meraikan lebih 130 tetamu termasuk anak-anak yatim, pelajar tahfiz, fakir miskin ibu tunggal dan mualaf dalam satu majlis berbuka puasa di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini pada Selasa.
Menurut Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin, bulan mulia Ramadan adalah bulan untuk berkongsi, mengeratkan silaturahim dan bersatu hati.
“Melalui majlis istimewa ini, kami ingin menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan sebagai tanda penghargaan atas kejayaan syarikat kami dan keberkataan yang telah diberikan oleh Allah S.W.T .
“Kami ingin menjadi teraju utama yang memberikan ‘sinar harapan’ buat masyarakat yang memerlukan ini dengan penuh kasih sayang dan semangat kebersamaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sejumlah RM110,000 telah disumbangkan kepada mereka yang memerlukan termasuk Rumah Amal Limpahan Kasih, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim & Miskin Rukaiyah, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Nasuha dan Bait Al-Hasanah.
Antara lain, yang turut menerima sumbangan adalah Madrasah Tahfiz Baitul Mahabbah, Pusat Perlindungan Muallaf Baitul Salam dan Orang Asnaf Kakitangan Naza.
Turut hadir majlis tersebut adalah Puan Seri Utama Zaleha Ismail, Marion Caunter Abdullah, Nur Diana SM Nasimuddin dan Nur Nadia SM Nasimuddin.
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Jun 06 2018

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin memberi sumbangan kepada Rumah Amal Limpahan Kasih. - Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.

GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta diseru bersama agensi kerajaan untuk turun padang membantu mangsa terjejas banjir.

Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR
Najib berkata meskipun akaun semasa tersebut didaftarkan atas nama beliau, ia tidak digunakan bagi perbankan peribadi atau urusan persendirian.

GK Bio kongsi keceriaan bersama warga emas, tingkat kesedaran tentang penjagaan awal kesihatan
GK Bio International Sdn. Bhd. (GK Bio), berkongsi kegembiraan bersama warga emas Rumah Seri Kenangan Cheras menerusi sumbangan bekalan makanan, keperluan asas dan suplemen kesihatan.

Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan
Para pegawai MyCEB agih hamper snek sihat kepada 100 pesakit dan 30 pengamal perubatan di Institut Kanser Negara.

NGO, korporat disaran bantu golongan kurang berkemampuan menjelang Ramadan, Aidilfitri
KPWKM menyeru lebih banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), korporat dan swasta untuk mengambil peluang membantu golongan kurang berkemampuan menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini.

KKR mahu laporan terperinci insiden buruh maut tertimbus tanah di CSR, Kuala Lipis
Ia bagi menentukan sama ada semua perkara terutama membabitkan prosedur operasi standard (SOP) dan aspek keselamatan dipatuhi di tapak projek pembinaan terbabit.

Sektor korporat, perniagaan digalak perhebat inisiatif CSR - Aaron
Usaha ke arah merealisasi agenda perpaduan negara boleh dimulakan melalui kerjasama strategik melibatkan penajaan acara pertukaran budaya.

Pemimpin perlu komited capai SDG - Wan Azizah
Negara perlu memastikan mempunyai pemimpin yang komited dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagaimana ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama mula dibuka 25 Jun - Abdul Rahman
Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) akan mula dibuka kepada pengguna pada 25 Jun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.