Sejak 1 Oktober, pembaca berita Astro AWANI Syah Hairizal Kamalul Arifin menyimpan misai untuk kempen #Movember – The Ultimate Shave Off anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Ia merupakan satu kempen bagi memberi kesedaran tentang kanser prostat dan kanser testis.

Transformasi Syah sejak hari pertama dikongsi di Instagram rasmi Astro AWANI (@501Awani) dari semasa ke semasa.

Berikut adalah transformasi Syah setakat ini, dan akan beterusan sehingga acara kemuncak program pada 2 Disember.












Kempen Movember dimulakan di Australia pada 1999 bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu kesihatan lelaki termasuk kanser prostat.

Di Malaysia, beberapa pertubuhan dan individu sudah menyokong kempen ini atas inisiatif mereka sendiri.

Namun pada tahun ini, MAKNA memperkenalkan kempen ‘Movember – The Ultimate Shave Off’ bagi memberi kesedaran tentang kanser prostat dan testis untuk meraih dana.