Namun, seperti biasa, persediaan yang cukup dan rujukan di internet perlu dilakukan mampu menyelesaikan masalah berkenaan.
Osaka menjadi destinasi tugasan penulis pada 9 Februari lalu.
Dalam masa yang sama, penulis cuba menjejaki hidangan halal di bandar yang terkenal dengan gelaran 'tenka no daidokoro' atau dapur negara bagi merujuk kepada reputasinya sebagai syurga makanan.
Penulis di laluan menuju Shinsaibashi - Foto Azyyati Ahmad
Osaka juga merupakan bandar metropolitan kedua selepas Tokyo.
Melawati negara itu pada bulan Februari bermakna anda perlu bersedia dengan pakaian sejuk yang lengkap kerana suhu boleh menjangkau sehinga 1 darjah celcius jika bersiar-siar pada waktu malam.
Di Osaka, restoran halalnya banyak tertumpu di kawasan Shinsaibashi dan Dotonbori.
Keadaan 'street shopping' Shin Sai Bashi-Suji - Foto Azyyati Ahmad
Dua lokasi ini merupakan tumpuan pelancong dan di sekitarnya sahaja terdapat 10 restoran halal.
Di salah satu restoran halal di Shinsaibashi, adalah restoran makanan tradisional Jepun bernama ‘Ganko’.
Menariknya di sini, pelanggan perlu membuat tempahan tiga hari awal sebelum dapat menjamu selera di sana.
Penulis difahamkan, tempahan perlu untuk penyediaan bahan-bahan halal yang akan dihidangkan kepada pelanggannya.
Restoran Ramen Honolulu, satu-satunya restoran ramen halal di Osaka - Foto Azyyati Ahmad
Lebih kurang 10 minit dari stesen tren Namba, terdapat satu-satunya restoran yang menjual ramen halal buat orang Islam yang berkunjung di Osaka iaitu restoran Ramen Honolu.
Restoran kecil itu sangat terkenal di kalangan pelancong Malaysia dan Indonesia. Jangan lupa sediakan syiling yang banyak untuk makan di Ramen Honolu kerana pembayaran menggunakan 'vending machine'.
Antara perkara yang anda perlu lakukan di Shinsaibashi dan Dotonbori:
Bergambar di Glico Man
Terletak di Dotonbori. Glico Man merupakan papan iklan raksasa dari perusahaan snek dan makanan ringan Ezaki Glico. Pada tahun 1935, perusahaan berkenaan mempromosikan produknya dengan slogan ‘300 Meters on a Single Piece’.
Oleh kerana ramai pelancong mengambil gambar dengan papan iklan Glico, ia telah dikenali sebagai mercu tanda Osaka
Gligo Man terletak di antara sungai Dotonbori - Foto Azyyati Ahmad
Gligo Man pada waktu malam - Foto Azyyati Ahmad
Membuat liputan berlatar belakangkan papan tanda Glico Man bersama jurukamera Amir Ariffin - Foto Azyyati Ahmad
Cuba snek jalanan seperti Takoyaki dan Okonomiyaki
Takoyaki merupakan sotong atau sayuran dibalut dengan bebola tepung. Ia biasanya disajikan dengan perahan lemon dan hirisan daun bawang.
Makanan tradisi Jepun, takoyaki dan edamame - Foto Azyyati Ahmad
Ya, anda akan mudah sesat ketika mencari lokasi restoran halal kerana papan tanda Bahasa Jepun lebih besar dari papan tanda Bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, jangan malu bertanya kerana bahasa bukan penghalang. Walaupun mereka kebanyakannya tidak fasih berbahasa Inggeris yang pasti warga Jepun sangat suka untuk membantu.
Dari pengalaman penulis, rakyatnya menggunakan Google Translate untuk memudahkan pemahaman pelancong yang bertanya.
Pelbagai jenis kopi dan teh dijual di Family Mart - Foto Azyyati Ahmad
Pemandu teksi di Osaka - foto Azyyati Ahmad
'Feris Wheels' antara tarikan yang ada di Dotonbori - Foto Azyyati Ahmad