KETIKA usia muda memang ramai lelaki berasa diri mereka cukup kuat.
Kalau bab makan memang tiada pantang. Apa sahaja ada di depan mata dimakan dengan penuh selera.
Begitu juga dengan waktu tidur. Berjaga malam tidak tidur seharian itu perkara biasa.
Tapi sampai bila mampu bertahan dengan tabiat seperti itu?
Lelaki bila sudah memasuki usia 30-an akan mula merasakan perubahan bukan sahaja dari segi luaran malahan dalaman itu sendiri.
Tanggungjawab semakin meningkat dan stres juga seriring naik bersama. Jadi amat penting untuk anda sebagai lelaki yang pentingkan kesihatan mula mengubah tabiat harian.
Sebenarnya tidak banyak perlu anda ubah. Hanya perlu lakukan perubahan sedikit yang sentiasa diamalkan mereka yang sihat.
Jadi apakah tabiat harian yang mampu meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan anda?
Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
TIDUR SEBELUM JAM 10 MALAM
Ramai tidak sedar apabila usia semakin meningkat penting untuk mendapatkan tempoh waktu tidur mencukupi.
Tidur yang tidak cukup boleh mengundang penyakit jantung dan masalah darah tinggi.
Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari untuk rehat fizikal dan mental yang mencukupi.
TARIK NAFAS
Bagi sesetengah warga bandar melakukan aktviti yoga merupakan rutin senaman dan kerohanian yang cukup menenangnya.
Bagi majoriti umat Islam pula dengan solat lima hari setiap hari sudah mampu memberikan banyak ketenangan.
Tahukah anda sewaktu solat nafas kita akan lebih tenang dan boleh menenangkan jiwa dan minda.
JAGA HUBUNGAN
Jangan pisahkan hidup anda dengan orang lain. Hubungan yang baik di antara ahli keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja mampu meningkatkan kualiti hidup.
Terdapat kajian mendapati bahawa hubungan sosial di dalam kehidupan seharian boleh mengelakkan seseorang berdepan risiko penyakit kronik.
Malah mampu memberikan dorongan seperti berhenti merokok.
MAKAN KEKACANG
Tambahlah makanan dari jenis kekacang dalam diet harian anda. Ia dipercayai boleh mengurangkan risiko anda berdepan dengan penyakit kardiovaskular selain mendapat kelebihan khasiat yang lain.
Kekacang boleh membantu mengawal berat badan, meningkatkan kesihatan metabolik, memelihara kesihatan mata dan juga otak.
DUDUK DENGAN BETUL
Bagi anda yang bekerja di pejabat pastinya cukup masak bila bercakap tentang duduk dengan lama di atas kerusi.
Apabila duduk dalam waktu yang lama kita sebenarnya memberikan banyak tekanan kepada badan terutamanya di bahagian tulang belakang.
Jadi untuk mengurangkan tekanan itu lakukanlah rutin meregangkan badan selama beberapa minit dalam selang satu jam.
KETAWA
Hidup ini akan lebih ceria jika kita lebuh banyak ketawa. Usah segan dan malu untuk zahirkan perasaan gembira dengan ketawa.
Anda tidak perlu rasa tidak matang untuk ketawa. Selain boleh menghilangkan stres, ketawa juga boleh meguatkan otot perut.
Malah ketawa juga dikatakan boleh meningkatkan tahap memori.
MEMASAK
Hidangan makanan terbaik ialah makanan yang dimasak sendiri di rumah.
Selain anda dapat menjimatkan wang, anda juga sebenarnya boleh menentukan sendiri kandungan bahan masakan seperti tahap garam dan gula.
Memasak juga merupakan rutin yang dapat menghilangkan stres dan mengalihkan tumpuan daripada hal kerja atau pun perkara luaran yang lain.
KELUAR BERSOSIAL
Lelaki yang sihat tidak akan terperap di rumah. Jika ada masa terluang di hujung minggu luangkanlah masa dengan aktiviti sosial.
Paling tidak pun melakukan aktiviti berjalan di sekitar tasik atau balapan berdekatan.
Terdapat kajian mendapati individu yang suka memencilkan diri dan terperuk di rumah lebih mudah dan cenderung untuk berfikiran negatif.
*Artikel asal di Maskulin
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Maskulin
Sat Nov 27 2021
Lelaki bila sudah memasuki usia 30-an akan mula merasakan perubahan bukan sahaja dari segi luaran malahan dalaman itu sendiri. -Maskulin
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Pendakwaan pertikai cuti sakit, Tun Daim masuk hospital
Pihak pendakwaan bagi kes gagal mengisytiharkan harta membabitkan Tun Daim Zainuddin mempersoalkan sijil cuti sakit dan ketidakhadiran bekas Menteri Kewangan itu di mahkamah.
Kesihatan PM Anwar pada tahap optimum - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum, demikian menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menyambung cuti sakit hingga Jumaat ini (9 Ogos) bagi rawatan lanjut.
Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
Enam individu diambil keterangan, bantu siasatan kes ibu kelar anak - Ketua Polis Johor
Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dikelar ibunya, di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Tahap kesihatan Ali XPDC 'pelik tapi benar'
Serangan strok tidak melemahkan semangat Ali yang kelihatan kembali bangkit berjuang dalam industri muzik tanah air.
1,776 unit rumah terima manfaat MADANI Afiat
Sejumlah 1,776 unit rumah mendapat manfaat menerusi inisiatif program MADANI Afiat yang dilakukan di tujuh negeri dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan tahap kesihatan rakyat Malaysia.
Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar doakan Salahuddin segera sembuh
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub segera sembuh selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan dalam otak.