McDONALD'S sememangnya popular dengan simbol 'Gerbang Emas' atau ‘Golden Arches’, namun rangkaian makanan segera itu kali ini benar-benar akan memberi emas kepada para pelanggannya.

Ini kerana McDonald’s di Jepun kini memperkenalkan satu peraduan sempena musim panas bagi memperkenalkan dua sos baharu.

Pelanggan berpeluang untuk memenangi ketulan nugget bersalut emas 18 karat yang bernilai AS$1,500 (RM6077.92).

Peraduan media sosial ini memerlukan pelanggan mencari maskot “pencuri nugget” yang dikenali sebagai Kaito Nuggets.


Maskot ini akan berada di beberapa lokasi McDonald’s di Jepun, dan pelanggan perlu tweet gambar maskot berkenaan.

Ini bukan pertama kali McDonald’s menawarkan peluang “keemasan” sebegini.

Pada bulan Mei, McDonald’s Jepun menawarkan peluang memenangi kentang goreng bersalut emas.