Tanpa meletakkan namanya, peminat berkenaan menjelaskan dia berbuat demikian ketika perlawanan antara pasukan Terengganu menentang Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada 4 November lalu.
Keratan surat permohonan maaf. Kredit foto: Facebook Harimau Malaya.
Katanya, dia menyesali tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak matang dan cepat terpengaruh dengan rakan-rakan.
Bersama surat yang dihantar ke Persatuan Bola Sepak Terengganu itu, dia turut menyertakan wang tunai RM15, sebagai ganti harga yang perlu dibayarnya jika dia memasuki stadium dengan pas yang sah.
Surat yang bertarikh 8 November itu kini viral dikongsi di laman sosial.