Orang ramai perlu mendapatkan pandangan pakar terlebih dahulu sebelum memberikan makanan tambahan kepada bayi bagi mengelakkan risiko kepada anak mereka sama ada dalam tempoh singkat atau jangka panjang.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ini kerana tanpa disedari pengambilan makanan tambahan juga boleh mendatangkan keburukan kepada organ dalaman bayi dan sekiranya diambil secara berlebihan akan menimbulkan masalah kesihatan.
"Ibu bapa seharusnya pandai (berhati-hati) memilih mana yang baik untuk keperluan anak-anak mereka...namun tidak semua bayi memerlukannya kerana anak-anak yang sihat tidak perlu terlalu bergantung kepada makanan tambahan.
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi memandangkan ia merupakan sumber nutrisi yang paling lengkap," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan, di Ayer Keroh, Khamis malam.
Turut hadir Exco Kesihatan, Sukan dan Anti Dadah Datuk Ab Rahaman Ab Karim dan Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman.
Hilmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai makanan tambahan yang dipromosikan oleh seorang pengacara dan pelakon di media sosial yang mengundang kecaman netizen baru-baru ini.
"Kita ada syarat-syarat tertentu dalam mempromosikan produk kesihatan di bawah Lembaga Iklan Ubat dan tidak boleh sembarangan (mempromosi) produk di pasaran," katanya
Makanan tambahan berkenaan didakwa boleh mengurangkan kedutan, memperlahankan proses penuaan serta mengembalikan keanjalan pada wajah kanak-kanak dan bayi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2018

Ibu bapa seharusnya pandai (berhati-hati) memilih mana yang baik untuk keperluan anak-anak mereka. - Gambar hiasan

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Terkejut jumpa beg berisi bayi perempuan
Bayi tersebut tidak berbalut dan masih bertali pusat, dengan keadaan muka bengkak akibat gigitan nyamuk.

Polis tahan wanita disyaki buang bayi di perhentian bas
Bayi berkenaan yang diletakkan di dalam beg kertas ditemukan orang awam, yang kemudiannya membuat laporan di balai polis pada 10.14 pagi.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Sepasang kekasih ditahan sembunyikan kelahiran, kematian bayi
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang pesakit yang telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.

Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.

KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.

Bayi empat bulan meninggal dunia di taska
Bayi itu dibawa ke klinik oleh pengasuh taska berkenaan dalam keadaan pucat serta didapati kebiruan pada bahagian bibir dan kaki.

Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.

Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan momen suami membacakan azan dan iqamat kepada bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.