KELANTAN atau negeri Cik Siti Wan Kembang sememangnya terkenal dengan makanan tradisi. Namakan apa sahaja, paling terkenal tentunya nasi kerabu, nasi berwarna biru menggunakan daun bunga telang, dimakan bersama ulam-ulaman dan tumis budu serta daging atau ayam bakar sebagai pelengkap hidangan.
Sehingga kini, kerana popularnya nasi kerabu, ia menjadi hidangan bukan sahaja di gerai-gerai tepi jalan tetapi juga diangkat darjatnya dengan dijual di kedai-kedai hipster serta turut sama menjadi menu di hotel-hotel terkenal.
Bagaimanapun ini bukan cerita tentang nasi kerabu, tetapi 5 hidangan rare tetapi wajib dicuba jika ke Kelantan. Kita tengok apa 5 hidangan itu:
1) MAGGI KETAM NIPAH
Yang biasa kita dengar atau jumpa, mi atau bihun sup yang disediakan bersama udang, daging atau ayam. Yang luar biasa, Maggi dimasak bersama ketam. Di Kelantan, terdapat beberapa kedai yang menjual hidangan bersama ketam, kebanyakannya mengunakan ketam laut. Tetapi yang agak rare di Kelantan, tetapi wajib cuba ialah di kedai Semerak, Pasir Puteh di mana hidangannya ialah Maggi Ketam.
Uniknya hidangan ini, ia menggunakan ketam Nipah, yang hidup di paya bakau.
"Berbezanya ketam nipah dan ketam laut biasa, ketam nipah dimasak semasa ia masih hidup, direbus untuk diambil airnya dijadikan sup sebelum dihidang bersama pilihan sama ada maggi, mi kuning atau bihun. Hidangan ini jadi jarang ditemui kerana sukarnya mendapat bekalan ketam nipah," kata Zulnabli Mohd Nor, peminat tegar Maggi Ketam Nipah.
2) ETOK
Etok apabila musimnya banyak diperoleh dan dijual secara meluas di bahu jalan di beberapa daerah di Kelantan. Etok, tidak banyak bezanya dengan kepah atau kerang, cuma saiznya lebih kecil sedikit.
Wajib cuba etok jika ke Kelantan kerana kini ia diubah suai pada cara penyediaannya, ditambah perisa seperti masam manis, tom yam, BBQ dan pedas selain terdapat juga perisa biasa iaitu salai menggunakan garam sahaja.
3) AIR ASAM PERUT DAN LIDAH
Bunyinya seperti hidangan 'fear factor' tetapi air asam ini sangat istimewa dan lebih mudah didapati lebih-lebih lagi semasa perayaan Hari Raya Korban.
Penyediaannya agak rumit menjadikannya rare dengan tidak banyak kedai makan yang menjual hidangan ini. Ini kerana perut dan lidah lembu perlu dibersihkan dengan teliti, jika tidak akan berbau hamis sebelum direbus dan dimasukkan ke dalam air asam yang disediakan berasingan.
Menu ini menggunakan sejumlah besar limau nipis dan bawang. Ia wajib dicari jika sampai ke Kelantan dan rasanya dijamin tidak mengecewakan.
4) IKAN BEKOK
"Ia bukan ikan masin tetapi ikan yang direndam dalam air bersama garam dan dijemur sebelum digoreng. Ikan ini dijemur sehari sahaja, jika lebih sehari, ia akan menjadi ikan masin. Itu sebabnya dinamakan ikan bekok (ikan yang dibengkak dalam air garam,'' kata seorang guru warga Kelantan, Intan Suraya Yaakob.
Memang benar, kalau hidangan ikan masin (dipanggil Ikan Kering di Kelantan), begitu banyak kedai makan menyediakan menu ini. Tetapi hanya beberapa restoran dan kedai makan di Kelantan yang menyediakan menu ikan bekok.
Tidak semua ikan sesuai dijadikan ikan bekok. "Paling sedap tentunya ikan gelama, kerana isinya banyak. Tetapi ada juga yang sediakan ikan bekok menggunakan cencaru. Ikan bekok ini sedap digoreng dan dimakan panas-panas bersama nasi yang masih berwap," kata Intan Suraya. Dengan harga yang tidak begitu mahal (sekitar RM2 seekor), tentunya ikan bekok wajib dicuba jika singgah di Kelantan.
5) KERUTUK SERATI
Kerutuk adalah menu yang agak popular dalam kalangan rakyat Kelantan. Jika melawat negeri ini, anda akan temui pelbagai jenis kerutuk, sebagai contoh kerutuk daging atau ayam. Kerutuk ialah hidangan yang menggunakan rempah khas seperti kari tetapi lebih gelap warnanya disebabkan masa lebih lama diambil untuk menumis selain diletakkan kerisik dan gula merah di dalamnya.
Hanya beberapa kedai menyediakan hidangan kerutuk serati disebabkan bekalannya tidak sebanyak ayam, daging atau itik. Walaupun dalam kumpulan sama, daging serati lebih pejal berbanding itik, itu sebabnya masa lama diambil untuk memasak hidangan ini.
Kalau secara kebetulan melawat Kelantan semasa Ramadan, hidangan ini lebih mudah didapati, khususnya di Bazar Ramadan, tetapi agak sukar untuk dinikmati jika pada hari biasa, bukan cuti sekolah atau musim perayaan. Di sebalik itu, wajib cuba dan cari hidangan rare ini jika ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
Azlinariah Abdullah
Sun Aug 16 2020
Jika ke Kelantan, ini lima makanan 'rare' tetapi wajib dicuba. - Gambar Astro AWANI
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
Makanan 'rare' ini wajib cuba kalau ke negeri Cik Siti Wan Kembang
Walaupun sukar didapati kerana terhad bekalan, Maggi Ketam Nipah, Etok, Air Asam Perut dan Lidah, Ikan Bekok dan Kerutuk Serati antara lima makanan 'rare' yang wajib cuba jika melawat ke Kelantan.