KUALA LUMPUR: LG Electronics (LG) baru-baru ini melancarkan televisyen pintar terbaharunya, LG OLED evo TV dengan reka bentuk estetik dan dipertingkatkan.
Televisyen itu dibangunkan dengan pemproses terkini, α9 Gen 5 AI dan memiliki saiz paling kecil dari 48 inci sehingga paling besar, 88 inci.
Ia turut menyokong NVIDIA G-SYNC® yang memberi pengalaman permainan menjadi lebih lancar dan versi terkini Web0S2022 untuk akses mudah kepada pelbagai kandungan.
Pengguna juga boleh mengubah suai paparan menerusi pelbagai pilihan karya seni dan gambar kegemaran mereka dalam mod galeri yang tersedia.
Pengarah Urusannya, Justin Choi berkata, penciptaan segmen televisyen premium itu adalah usaha pihaknya memberi pengalaman digital yang mampu memenuhi setiap keperluan dan gaya hidup pengguna masa kini bertepatan dengan slogan mereka, Light up Your World.
“OLED mempunyai piksel yang mampu menyala sendiri dan boleh dihidupkan serta dimatikan secara automatik termasuk secara individu.
“Ini bermaksud ia memberikan pengguna warna hitam yang sempurna, warna dan imej semula jadi menakjubkan selain nisbah kontras yang memberi pengguna kualiti gambar yang indah dan terbaik.
“TV LG OLED evo juga sesuai bagi gaya hidup sesiapa sahaja, sama ada penggemar pawagam, sukan, permainan video ataupun sebagai akan hiasan rumah,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Di samping itu, LG turut memperkenalkan sistem bar bunyi terkini dengan pembesar suara saluran pusat penembakan pertama bagi menghasilkan bunyi lebih jelas dan mengasyikkan, serta melengkapkan lagi pengalaman hebat pengguna bersama TV pintar OLED.
Kini, orang ramai boleh mendapatkan televisyen berkenaan apabila sudah tersedia di seluruh negara.
Ia dijual pada harga RM 8,199 bagi 48 inci dan RM124,999 (88 inci LG 8K OLED evo TV).
Untuk rekod, LG Electronics juga telah mendapat pengiktirafan nombor satu bagi jenama TV OLED sebanyak sembilan kali berturut-turut oleh CES Innovation Awards.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Ehsan A Marisah
Wed Aug 03 2022

Pelancaran televisyen pintar terbaharu LG Electronics, OLED evo TV. - Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.