Lemang periuk kera kini menjadi pilihan warga di sini sebagai juadah Aidilfitri nanti selain ketupat dan lemang biasa yang dimasak di dalam buluh.
Peniaga lemang Abdul Rahim Abdul Ghani, 37, berkata beliau mula berniaga lemang periuk kera pertama kali pada Ramadan tahun ini dan mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada pelanggan terhadap lemang buatannya itu.
Abdul Rahim berkata setakat ini, beliau sudah mendapat tempahan raya kira-kira 500 biji lemang periuk kera dan lebih 200 batang lemang buluh daripada pelanggan sekitar sini sebagai juadah pada pagi raya nanti.
"Sepanjang bulan puasa ini, lemang periuk kera ini paling cepat habis dijual dengan harga mengikut saiz kecil hingga besar antara RM1 dan RM4. Boleh dikatakan setiap hari lemang periuk kera ini habis dibeli pelanggan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata secara purata, kira-kira 200 biji lemang periuk kera habis dijual manakala lemang buluh terjual kira-kira 40 batang setiap hari.
Ditanya penyediaan memasak lemang periuk kera, Abdul Rahim berkata kelongsong periuk kera perlu dibersihkan sebaik mungkin sebelum memasukkan pulut dan santan ke dalam kelongsong berkenaan untuk dikukus.
"Lemang periuk kera ini kena kukus bukan bakar macam lemang biasa dalam buluh ini. Mula-mula kita masukkan pulut dalam kelongsong periuk kera ini kemudian baru kita tuangkan santan di atas pulut sebelum dikukus.
"Isteri saya yang ditugaskan menyediakan lemang periuk kera ini sementara saya menumpukan kepada kerja membakar lemang buluh ini," katanya.
Beliau berkata kelebihan lemang periuk kera ini adalah rasanya yang sangat berlemak berbanding lemang biasa yang dibakar dalam buluh.
"Sesiapa yang belum pernah rasa lemang periuk kera ini, sekali makan pasti hendak lagi dan akan datang cari lagi lemang ini, sehinggakan membuat tempahan kepada saya untuk sambutan hari raya nanti," katanya.
Bernama
Sun Jul 03 2016
![Lemang periuk kera jadi pilihan juadah raya warga Kuantan Lemang periuk kera jadi pilihan juadah raya warga Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71467543489_LemangPeriukKera.jpg)
200 biji lemang periuk kera habis dijual manakala lemang buluh terjual kira-kira 40 batang setiap hari. - Gambar Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
![Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740137100_AzanMaghribawal.jpg)
Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Lemang periuk kera jadi pilihan juadah raya warga Kuantan Lemang periuk kera jadi pilihan juadah raya warga Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71467543489_LemangPeriukKera.jpg)
Lemang periuk kera jadi pilihan juadah raya warga Kuantan
Lemang periuk kera kini menjadi pilihan warga di sini sebagai juadah Aidilfitri nanti selain ketupat dan lemang biasa yang dimasak di dalam buluh.