SETIAP manusia diciptakan mempunyai emosi yang tersendiri. Tidak kira golongan lelaki mahupun wanita, pastinya ada waktu-waktu yang mana kita lebih beremosi.
Ada yang melihat golongan wanita ini lebih beremosi berbanding lelaki, dan acapkali tidak tahu punca sebenar mengapa mereka marah atau beremosi tidak tentu pasal.
Namun, baru-baru ini terdapat sebuah kajian yang membuktikan bahawa kaum lelaki lebih sensitif daripada wanita dalam persekitaran kerja.
Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa lelaki dua kali lebih berkemungkinan untuk naik angin atau marah tidak tentu pasal apabila sesuatu yang tidak kena berlaku kepada mereka di tempat kerja.
Totaljobs dari United Kingdom itu menunjukkan data tersebut selepas mengkaji selidik seramai 2,250 pekerja dan majikan bagi bertanyakan soal emosi mereka sewaktu di tempat kerja.
Pada masa sama, kajian mendapati bahawa lelaki lebih cenderung untuk beremosi ataupun murung apabila idea mereka tidak mendapat sambutan ataupun dikritik.
Lebih-lebih lagi, mereka ini tiga kali ganda lebih beremosi jika ia melibatkan sebuah projek yang dirancangkan mereka telah melepasi ‘deadline’ (tarikh akhir untuk sesuatu projek disiapkan).
Itu membuktikan bahawa kaum lelaki lebih menunjukkan emosi yang berkaitan dengan projek atau sebarang urusan kerja dan bukannya beremosi yang berpunca daripada orang lain.
Dalam kajian yang dibuat oleh Totaljobs itu juga, kebanyakan responden mereka tidak dapat meluahkan emosi atau menunjukkan perasaan secara bebas apabila berada di pejabat.
Kira-kira 60 peratus daripadanya memberitahu, tempat kerja bukanlah tempat yang sesuai untuk meluahkan emosi atau perasaan, sementara yang selebihnya menyatakan bahawa mereka lebih suka berlapik, iaitu hanya memaparkan emosi yang positif sahaja kepada orang di sekeliling tempat kerja.
Sementara itu, Totaljobs menyatakan, hal ini tidak mempunyai penyelesaian yang mudah iaitu bagi mewujudkan suasana tempat kerja yang optimum.
Dalam pada itu, syarikat dari United Kingdom itu hanya mencadangkan tentang cara-cara golongan lelaki dan wanita ini boleh mengawal emosi mereka dengan baik.
Ia termasuklah dengan mencadangkan bahawa kesemua pihak di tempat kerja boleh membentuk emosi yang baik dengan cara bersenam dan berkongsi hal atau masalah dengan rakan sekerja yang boleh dipercayai.
Jadi, bagi anda yang sudahpun memasuki ke alam pekerjaan ataupun sudah bertahun-tahun bekerja, adakah anda bersetuju dengan hasil kajian ini?
Faris Danial Razi
Sat Jan 18 2020
![Lelaki 'lebih beremosi' berbanding wanita di tempat kerja - Anda setuju? Lelaki 'lebih beremosi' berbanding wanita di tempat kerja - Anda setuju?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71545881153_office.jpg)
Totaljobs dari United Kingdom itu menunjukkan data tersebut selepas mengaji selidik seramai 2,250 pekerja dan majikan bagi bertanyakan soal emosi mereka sewaktu di tempat kerja. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kaunseling bantu ibu miliki tiga anak autistik kawal emosi Kaunseling bantu ibu miliki tiga anak autistik kawal emosi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719641930_dalilahdiyanasazal.jpg)
Kaunseling bantu ibu miliki tiga anak autistik kawal emosi
Kehidupan itu dijalani oleh guru tadika Dalilah Diyana Sazali yang mempunyai tiga anak autistik berusia lima hingga 11 tahun.
![Kepimpinan wanita dalam industri siber boleh dipertingkat melalui integrasi emosi Kepimpinan wanita dalam industri siber boleh dipertingkat melalui integrasi emosi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689171480_TBANITA.jpg)
Kepimpinan wanita dalam industri siber boleh dipertingkat melalui integrasi emosi
Anita berkata, sebagai peneraju dalam bidang yang didominasi lelaki, kaum hawa harus menggunakan emosi mereka secara positif.
![Pasca banjir: Kanak-kanak perlu sokongan emosi, psikologi - Pakar Pasca banjir: Kanak-kanak perlu sokongan emosi, psikologi - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640311627_kanakkanakmangsab.jpg)
Pasca banjir: Kanak-kanak perlu sokongan emosi, psikologi - Pakar
Sokongan psikologi dan emosi terhadap golongan ini amat diperlukan terutama ketika fasa pasca banjir.
![Kita banyak berhutang dengan anak-anak. Lakukan perubahan sebelum terlambat Kita banyak berhutang dengan anak-anak. Lakukan perubahan sebelum terlambat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632972858_tbmother.jpg)
Kita banyak berhutang dengan anak-anak. Lakukan perubahan sebelum terlambat
Anak-anak yang setiap hari menjadi korban daripada betapa buruknya cara kita mengendalikan emosi.
![Kerap peluk anak jika mahukan dia sihat, kuat dan bijak Kerap peluk anak jika mahukan dia sihat, kuat dan bijak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632968188_ibu.jpg)
Kerap peluk anak jika mahukan dia sihat, kuat dan bijak
Kita harus usaha untuk peluk anak sekurangnya 20 saat sehari. Itulah paling kurang jika kita mahu anak sihat, kuat dan bijak.
![Wanita perlu positif hadapi fasa menopaus Wanita perlu positif hadapi fasa menopaus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629512873_Menopause.jpg)
Wanita perlu positif hadapi fasa menopaus
Golongan wanita yang mengalami peralihan menopaus akan melalui perubahan fizikal, mental, emosi dan kesihatan.
![Ambil iktibar daripada Selesema Sepanyol, jangan abaikan aspek emosi anak - Dr Zulkifli Ambil iktibar daripada Selesema Sepanyol, jangan abaikan aspek emosi anak - Dr Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628799164_Kanakkanak.jpg)
Ambil iktibar daripada Selesema Sepanyol, jangan abaikan aspek emosi anak - Dr Zulkifli
Kesan buruk terhadap generasi yang membesar ketika pandemik 1918 itu harus dipelajari supaya tidak berulang dan menimpa anak-anak kita.
![Program Lambaian Rindu Baitullah fokus emosi, mental bakal jemaah haji - Zulkifli Program Lambaian Rindu Baitullah fokus emosi, mental bakal jemaah haji - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624007511_TBMasjidilHaram.jpg)
Program Lambaian Rindu Baitullah fokus emosi, mental bakal jemaah haji - Zulkifli
Selepas dua tahun turut-turut Arab Saudi menutup sempadannya kepada kemasukan dari luar berikutan penularan pandemik COVID-19.
![Hari Kebahagiaan Antarabangsa 2021: Bagaimana kita boleh bantu antara satu sama lain? Hari Kebahagiaan Antarabangsa 2021: Bagaimana kita boleh bantu antara satu sama lain?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616165018_bahagiabersama.jpg)
Hari Kebahagiaan Antarabangsa 2021: Bagaimana kita boleh bantu antara satu sama lain?
Selain daripada kembimbangan dijangkiti wabak berkenaan, ada juga yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.
![Masa terbaik calon SPM, SVM bertenang uruskan emosi Masa terbaik calon SPM, SVM bertenang uruskan emosi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612764461_TBCalonSPM.jpg)
Masa terbaik calon SPM, SVM bertenang uruskan emosi
Tempoh ini dapat membugarkan semula semangat pelajar agar lebih bermotivasi menghadapi detik peperiksaan tidak berapa lama lagi.