Menurut pengarah pemasaran Tesco Malaysia, Vivian Yap, filem terbitan Dreamworks ini dipilih dalam promosi kali ini susulan kejayaan sekuel sebelumnya.
"Filem Kungfu Panda sudah berjaya dua kali sebelum ini. Apabila kami membuat tinjauan pelanggan, mereka kata filem tersebut memang comel dan banyak nilai kekeluargaan. Jadi kami ambil kegembiraan dan kecomelan dalam filem ini untuk Tesco," tambahnya.
Menurut Vivian, dalam kempen ini pelanggan akan menerima satu pelekat khas bagi setiap belian melebihi RM30 dari cawangan Tesco termasuk belian atas talian.
Pelanggan hanya perlu mengumpul sehingga lapan pelekat untuk layak membeli koleksi khas Kungfu Panda pada harga yang berpatutan.
Koleksi khas yang ditawarkan antara 10 Mac hingga 1 Jun depan turut menampilkan figura watak utamanya seperti Po, Master Shifu, Monkey dan Mei Mei.
Malah pelekat bonus turut disediakan kepada pelanggan yang membeli beberapa barangan dari jenama terpilih di Tesco.