ANDA pernah menonton filem Hindi, 3 Idiots?
Filem tersebut yang mula ditayangkan pada 2009 pernah mencetuskan fenomena di India malah di luar negara juga - tangga ke-12 filem paling digemari di China - dan di Malaysia, ia agak popular juga.
Jika anda pernah menonton filem tersebut, sudah tentu nama Ranchoddas atau Phunsukh Wangdu bukanlah asing buat anda.
Dalam artikel ini, Astro AWANI membawa anda mengenali individu bernama Sonam Wangchuk, insan sebenar yang menjadi inspirasi di sebalik terhasilnya 3 Idiots.
Berasal dari Ladakh, jurutera dan individu genius ini telah membina ‘ice stupa’, glasier tiruan yang kemudiannya membantu menyelesaikan masalah air di tempat tinggalnya.
Ciptaan itu mendapat pujian ramai pihak dan selepas filem tersebut mendapat perhatian, semakin ramai mengenali Wangchuk yang rupanya menghasilkan pelbagai ciptaan hebat.
Wangchuk lahir pada tahun 1966 di Uleytokpo, di Kashmir. Walaupun dikenali sebagai jurutera dan pencipta hebat, dia tidak mendapat pendidikan sehingga usianya sembilan tahun kerana tiada sekolah di kampungnya.
Bapanya adalah seorang ahli politik yang kemudiannya menjadi menteri dalam kerajaan negeri di Srinagar. Bapanya pernah menawarkan untuk menanggung pengajiannya di India namun dia menolak.
Dia kemudiannya selepas beberapa tahun, pada 2011 secara tepatnya, menyambung pengajian di Perancis dan kini, Wangchuk bukan sahaja seorang jurutera malah individu yang merevolusikan pendidikan di India.
Cukup kisah silam Wangchuk. Anda ingat lagi sekolah tempat Ranchoddas mengajar selepas tamat pengajian?
Ya, Wangchuk ada membina sekolah seperti itu. Dia adalah pengasas Student Educational and Cultural Movement (SECMOL) yang disahkan pendaftarannya pada 1988, hasil usaha beberapa pelajarnya.
Seluruh institusi itu direka dan dibina menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga utamanya.
Menariknya, SECMOL memenangi International Terra Award pada Julai 2016, ciptaan bangunan terbaik dalam 12th World Congress on Earthen Architecture di Lyon, Perancis.
Meskipun filem itu popular namun Wangchuk tidak begitu teruja mengenainya dan menegaskan masyarakat perlu melihat realiti sebenar di sebalik filem tersebut.
“Kita perlukan inovasi dan penemuan baharu dalam hidup.
“Saya tiada masalah kalau orang melihat banyak nilai diperoleh daripada filem itu. Kalau ia membantu dalam apa yang saya lakukan, saya baik-baik sahaja dengannya,” katanya seperti dipetik Hindustan Times.
Tegasnya, sistem pendidikan di India harus dipersalahkan kerana sehingga sekarang, ia tidak berkembang seiring zaman, ketinggalan berbanding negara lain.
“Kita hanya mengumpulkan mereka di kelas untuk mendengar syarahan. Kita perlu melihat semula perkara ini dan meneliti bagaimana evolusi boleh mengajar kita,” katanya.
Cukup kisah Wangchuk, di sini Astro AWANI menyenaraikan lima fakta yang mungkin anda tidak tahu berkaitan 3 Idiots.
1) Watak utama dipegang Aamir Khan pada asalnya ditawarkan kepada Shah Rukh Khan namun kerana beliau sibuk, produksi kemudian menawarkan peranan itu kepada Aamir dan ternyata, ia bukan keputusan yang silap.
2) Heroin filem itu, Kareena Kapoor begitu teringin bekerjasama dengan Rajkumar Hirani (pengarah 3 Idiots), jadi Kareena sendiri bertemu Rajkumar dan menawarkan diri untuk membawakan watak Pia.
3) Ini adalah kemunculan pertama Omi Vaidya (Chatur Ramalingam @ The Silencer) dalam filem Bollywood dan ternyata, dia berjaya melakukannya dengan sangat baik.
4) Filem ini dirakam secara terbalik dari segi masanya, semua babak masa terkini dirakamkan terlebih dahulu dan babak-babak di kolej dirakamkan selepas itu.
5) Watak Farhan dan Raju pernah ditawarkan kepada John Abraham dan Saif Ali Khan namun akhirnya produksi memilih memberikan watak itu kepada Ranganathan Madhavan (Farhan) dan Sharman Joshi (Raju).
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Ridauddin Daud
Sat Sep 05 2020
Sonam Wangchuk, inspirasi di sebalik filem 3 Idiots. - Gambar Twitter
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Kenali Ranchoddas, Phunsukh Wangdu yang sebenar
Jika anda pernah menonton filem tersebut, sudah tentu nama Ranchoddas atau Phunsukh Wangdu bukanlah asing buat anda.