Kementerian Kesihatan perlu membuat pelaburan ketara dalam maklumat mudah difahami kepada orang ramai bagi menggalakkan gaya hidup sihat kerana rakyat Malaysia secara amnya tidak sihat, kata bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.
Katanya, adalah penting untuk orang ramai dimaklumkan mengenai isu-isu kesihatan semasa sepanjang masa menerusi media cetak, elektronik dan laman sosial bagi membolehkan mereka dididik mengenai gaya hidup sihat, mengelak tingkah laku berisiko tinggi, mencegah penyakit kronik dan kepentingan kebersihan dan penjagaan diri.
"Tidak ada gunanya bergegas ke klinik atau hospital untuk setiap masalah kesihatan apabila ada yang boleh ditangani dalam kawasan rumah mereka.
"Bagi menjayakan penjagaan diri, didikan yang betul dan pesanan mudah diperlukan dan Kementerian Kesihatan mesti melabur untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada orang ramai di mana sahaja mereka berada...sama ada mereka ini celik internet atau sebaliknya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Generasi muda
Dalam konteks ini, katanya, generasi muda merupakan kumpulan yang mencabar untuk dikendalikan kerana golongan ini mempuyai pemikiran dan kecenderungan tersendiri namun ini tidak bermakna pihak berkuasa melepaskan tangan.
"Ramai daripada mereka lebih suka media sosial atau personaliti ikonik untuk berbicara atau berkomunikasi dengan mereka dan dengan itu mempengaruhi mereka maka strategi terhadap kumpulan sasar adalah penting supaya ia berkesan," katanya.
Dr Ismail bersetuju dengan pandangan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia boleh dianggap sebagai tidak sihat, sambil menjelaskan antaranya Malaysia merupakan negara dengan kadar obesiti paling tinggi di Asia Tenggara.
Menurutnya, 15 peratus daripada kanak-kanak bertatih dan prasekolah dan 30 peratus murid sekolah rendah mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
"Golongan kanak-kanak adalah kebimbingan kami kerana kebanyakan mereka mengambil makanan di luar rumah. Wujud kekurangan hidangan dalam keluarga, saiz hidangan yang lebih besar, banyak permainan video dalam rumah berbanding aktiviti fizikal di luar dan tidak cukup tempat yang kondusif atau selamat untuk aktiviti luar khusus di kawasan luar bandar," katanya.
Ditanya mengenai tahap kesihatan rakyat Malaysia, Dr Ismail berkata rakyat sering jatuh sakit pada ketika ini kerana ramai yang percaya saringan kesihatan adalah tidak perlu dan hanya membazir masa sebelum mendapati mereka mengidap kanser, darah tinggi, kencing manis, penyakit hati kronik dan lain-lain.
Akhirnya, sesetengah daripada mereka mengalami serangan jantung yang membawa maut dan strok kerana penjagaan diri bukan satu keutamaan, terutama golongan berusia lebih muda.
Bersama-sama dengan ini, banyak isi rumah hanya melakukan pelaburan minimum dalam bidang kesihatan dan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk membantu apabila mereka jatuh sakit.
Sambil lewa
Dr Ismail berkata sikap acuh tak acuh dalam kalangan rakyat Malaysia telah mewujudkan keadaan di mana mereka hanya akan berjumpa dengan doktor atau menjalani pemeriksaan kesihatan apabila mengalami masalah kesihatan.
Tidak ramai rakyat Malaysia telah mendengar mengenai bantuan diri dalam penjagaan kesihatan atau mengamalkan gaya hidup sihat, mengambil makanan seimbang atau melakukan aktiviti senaman secara konsisten.
Beliau turut memberi statistik lain yang menggerunkan mengenai tahap kesihatan umum rakyat Malaysia dengan memetik laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006.
Laporan itu menyebut kira-kira 2.8 juta penduduk Malaysia berusia antara 18 tahun dan ke atas merokok, 5.5 juta tidak aktif secara fizikal, 3.6 juta berat badan berlebihan, 1.7 juta obesiti, masing-masing 4.8 juta dan 1.5 juta penduduk berusia lebih 18 tahun mengidap tekanan darah tinggi dan kencing manis.
"Lebih banyak usaha diperlukan untuk menangani isu-isu kesihatan awam. Pemilikan peralatan berteknologi canggih dan kesedaran yang semakin meningkat mengenai ketidaksamaan dalam sistem penjagaan kesihatan, maka kita perlu mencari strategi baharu dan inovatif bagi menangani kebimbangan ini secara berkesan," katanya.
Beliau turut berkata susulan kos rawatan di hospital swasta semakin meningkat, maka ramai beralih ke hospital awam sehingga menyebabkan kesesakan pesakit dan ini bermakna kualiti penjagaan kesihatan akan terjejas.
Katanya, dengan lebih perbelanjaan tertumpu kepada aspek pencegahan, maka kementerian menjangkakan bajet yang lebih besar dan terkawal untuk rawatan kuratif.
"Tetapi untuk ini, kami memerlukan kerjasama rapat dengan masyarakat yang dianggap amat sukar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2017
Gaya hidup sihat seharusnya bermula seawal mungkin dalam fasa kehidupan setiap manusia. - Gambar hiasan
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan
Seorang remaja perempuan yang didakwa hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui selepas usaha pencarian dilakukan media sosial.
Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula, kini dengan wajah baharu
Selain penambahbaikan fasiliti, beberapa tarikan baharu turut dibina buat warga kota yang ingin meluangkan hujung minggu bersama keluarga.
Bersenam cara saya
Namun ditengah-tengah kesibukan berkerjaya melebarkan jaringan kenalan dan mesyuarat serta diselang-seli dengan sarapan, makan tengahari dan makan malam, rasanya tiba masanya untuk saya bersenam.