SHAH ALAM: Kemasukan kain songket buatan mesin dari India dan Pakistan berisiko menyebabkan pengusaha songket tenun asli dari Terengganu gulung tikar.
Mana tidaknya, walaupun menawarkan harga lebih murah dengan kualiti fabriknya tidaklah setaraf buatan Terengganu, situasi ini juga boleh melenyapkan industri dan fabrik yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Proses menenun daripada seurat benang menjadi selembar kain songket ini adakala memakan masa berbulan lamanya setiap satu.
Belum ditambah dengan kos bahan yang melambung tinggi, pastinya sukar buat pengusaha untuk menandingi harga songket dari luar ini yang menggunakan mesin serta bahan kurang berkualiti.
Namun bagi pemilik Kak Nik Songket, Datin Nik Zaliha Nik Abdullah, inilah dilema yang dihadapi pengusaha; antara 'survival' dan meneruskan warisan nenek moyang.
"Industri songket memang terjejas dari dulu sebelum COVID-19, sebab lambakan songket dari Asia Selatan (India dan Pakistan) dengan harganya murah.
"Saya tak boleh bersaing harga mereka, mereka guna mesin, songket (Terengganu) ditenun ditambah dengan kos upah, harga barangan (benang) semakin meningkat, memang tak boleh jual murah," luah Nik Zaliha.
Jelas Nik Zaliha atau lebih mudah disapa Kak Nik yang mengusahakan songket di Terengganu dan bertapak di Shah Alam ini, harga yang dibayar pembeli ini sangat berbaloi dengan kualiti fabrik, yang mampu bertahan hingga ratusan tahun sekiranya dijaga dengan rapi.
Namun timbul pula satu isu lain, sikap segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab - dakwa songket berkenaan tenunan Terengganu, namun diimport dari India.
Ia sekaligus mencemar perusahan songket negara, kerana ada pembeli yang tertipu apabila tidak dapat membezakan - mana songket Terengganu dan mana songket India.
"Beza songket Terengganu ini benangnya kilat dan bersinar, tidak kusam seperti songket dari India.
"Benang songket Terengganu akan timbul, tidak 'flat' seperti songket India ini. Jadi sebagai pembeli kena tahu supaya tidak tertipu," jelasnya.
Meletakkan harga yang terlalu tinggi juga jelasnya boleh akibatkan orang ramai takut untuk membeli songket tenunan Terengganu ini.
"Kak Nik nak persoal tapi nanti pengusaha marah. Tapi kenapalah jual harga sampai RM30,000 hingga RM40,000 tu, Kak Nik tak setuju dengan harga begitu.
"Apabila kita jual harga begitu orang ramai gerun untuk tengok dan beli songket Terengganu. Kita nak meniaga bukan satu helai, kita nak meniaga berterusan," katanya.
Kerajaan ujarnya harus mengambil pendekatan - mengawal kemasukan songket buatan luar dan dalam masa sama memberi galakan kepada pemain industri untuk meneruskan tradisi pemakaian busana warisan ini.
Hafizi Rosli
Tue Apr 19 2022
Datin Nik Zaleha menunjukkan antara motif corak songket yang boleh didapati di pasaran dengan tempoh masa menyiapkan sehelai songket boleh mencecah berbulan lamanya - Astro AWANI/Hafizi Rosli
MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Kes tikam: Khalida reda kehilangan suami, anak perempuan serentak
Isteri dan ibu kepada dua beranak yang maut ditikam di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam, reda dengan pemergian dua orang tersayang.
GV11: Astro kekalkan gandingan Nabil dan Jihan, magis keserasian yang sukar ditandingi
Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang, dan Datuk Ramli MS kekal sebagai juri untuk musim ini.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Rusia-Ukraine: Ukraine harus neutral jika mahu aman - Putin
Ukraine harus kekal berkecuali sekiranya mahu mempunyai peluang untuk keamanan dan sempadannya harus mengikut kehendak penduduk yang tinggal di wilayah yang dituntut Rusia.
Enjin bermasalah, pesawat Qantas berpatah balik
Juruterbang pesawat QF520 menyedari pesawat berkenaan mengalami kegagalan enjin sebaik sahaja berlepas.
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Kemasukan songket luar malapkan industri tenunan Terengganu
Sukar buat pengusaha untuk menandingi harga songket dari luar ini yang menggunakan mesin serta bahan kurang berkualiti.