KUALA LUMPUR: Banyak kes kanser paru-paru direkodkan dalam kalangan bukan perokok berpunca daripada pendedahan kepada asap rokok terpakai (SHS), sedutan asap rokok terpakai ketiga (THS) atau pencemaran udara.
Pakar Perunding Pembedahan Kardiotoraks Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Anand Sachithanandan berkata justeru, saringan kanser paru-paru bersasar digalakkan untuk mengesan penyakit lebih awal selain dapat dirawat dengan lebih berkesan.
Beliau berkata kanser paru-paru kini bukan lagi penyakit bagi perokok lelaki sahaja kerana kebanyakan kes baharu kini turut melibatkan bukan perokok dalam kalangan wanita.
"Selain daripada kanser paru-paru, SHS dan THS juga menyumbang kepada masalah pernafasan yang lain termasuk serangan asma, bronkitis dan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) kerana asap rokok ini berupaya menjejaskan keanjalan tisu paru-paru dan menyebabkan radang pada laluan pernafasan.
"Dalam pada itu, merokok juga terbukti menjadi faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular seperti penyakit arteri koronari (CAD) dan angin ahmar, melemahkan sistem imun tubuh dan menyebabkan penuaan pramatang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Dr Anand yang juga Pengerusi Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) berkata kanak-kanak dan remaja merupakan golongan yang lebih terdedah kepada bahaya SHS dan THS memandangkan sistem imunisasi tubuh yang masih belum kukuh sepenuhnya.
"Pendedahan kepada SHS dan THS di rumah dan tempat awam seperti kedai makan atau tempat kerja, terutama sekali dalam kenderaan berupaya meningkatkan kebarangkalian menghidap penyakit pernafasan dalam jangka masa panjang," katanya.
Beliau berkata menurut Tinjauan Tembakau Dewasa Global (GATS) sebanyak 77.6 peratus rakyat Malaysia yang menjalani kaji selidik melaporkan mereka terdedah kepada asap rokok terpakai di tempat makan.
Sementara itu, Dr Anand berkata ujian saringan yang terbaik adalah melalui imbasan tomografi terkira dos rendah (LDCT) yang boleh didapati secara meluas di seluruh negara. Buat masa sekarang sasaran individu menjalani ujian saringan adalah mereka yang tergolong dalam kalangan perokok dan bekas perokok pada peringkat umur tertentu.
LDCT merupakan imbasan imej beresolusi tinggi tanpa kontra yang hanya memerlukan pernafasan tunggal dan tanpa suntikan jarum, ujian darah atau berpuasa.
Dr Anand berkata individu yang mempunyai latar belakang penyakit kanser paru-paru dalam sejarah keluarga juga perlu mempertimbangkan untuk membuat pemeriksaan walaupun tidak merokok.
"Setakat ini, kami meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) sinaran-X pada imbasan dada sebagai prasaringan LDCT memandangkan kaedah ini lebih jimat dan mudah didapati.
"Hal ini masih dalam penyelidikan klinikal, begitu juga dengan usaha membangunkan potensi ujian darah sebagai penanda bio untuk meningkatkan hasil pengesanan kanser paru-paru sewaktu ujian saringan," katanya menambah pemeriksaan kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok masih menjadi cabaran yang perlu diatasi.
Beliau berkata orang awam juga boleh memainkan peranan dengan menjadi perokok yang bertimbang rasa dan hanya merokok di Kawasan Merokok Ditetapkan (DSA).
Menurutnya pelaksanaan DSA yang dicadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) juga adalah pendekatan pragmatik dan boleh dicapai sekiranya dirancang dan dilaksanakan dengan teliti dan dikuatkuasakan dengan ketat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Kanser paru-paru kini bukan lagi penyakit bagi perokok lelaki sahaja kerana kebanyakan kes baharu kini turut melibatkan bukan perokok dalam kalangan wanita. - Gambar hiasan/keluarga.my
Menjelang Aidilfitri: Permintaan tinggi, KTMB tambah lagi 5,016 tiket ETS
Disebabkan permintaan yang tinggi menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna melibatkan laluan KL Sentral-Butterworth dan KL Sentral-Padang Besar.
Zelenskyy: Perbualan bermakna dengan Trump tentang gencatan
Zelenskyy menyifatkan perbualannya dengan Trump sebagai "bermakna," dengan pasukan Ukraine dan AS dijangka bertemu di Arab Saudi bagi membincangkan gencatan senjata separa serta pengukuhan pertahanan udara.

Kelayakan Piala Dunia: Tuchel perjelas sebab Jordan Henderson kembali sertai skuad England
Tuchel percaya pemain tengah itu boleh menjadi "gam yang menjadikan sesuatu itu bertukar istimewa."
Hamparan 33,000 permaidani mewah hiasi Masjidilharam sepanjang Ramadan
Bagi memastikan keselesaan jemaah yang menunaikan ibadah, sejumlah 33,000 permaidani mewah sepanjang bulan suci Ramadan.
Fokus kini pada damai, bukan mineral Ukraine - AS
White House mengesahkan bahawa perjanjian sumber mineral AS-Ukraine tidak lagi menjadi keutamaan, dengan fokus kini beralih kepada usaha damai antara Ukraine dan Rusia.
AS lancar serangan udara di Yaman
AS melancarkan serangan udara ke atas ibu kota Yaman, Sanaa, menyasarkan tapak Houthi selepas serangan kumpulan itu di Laut Merah, sementara Houthi berikrar meningkatkan serangan, termasuk terhadap Israel.
Israel lancar operasi darat baharu di Gaza
Tentera Israel menyambung operasi darat di Gaza susulan serangan udara yang mengorbankan 48 nyawa, sementara PBB mengecam serangan terhadap kakitangannya dan menggesa siasatan penuh.
46 kertas siasatan dibuka berhubung skim pelaburan SILEGX
Polis telah membuka 46 kertas siasatan berhubung kes skim penipuan pelaburan SILEGX.
Kerugian dilaporkan melibatkan nilai kerugian mencecah RM41.5 juta.
Kerugian dilaporkan melibatkan nilai kerugian mencecah RM41.5 juta.
Tujuh individu ditahan disyaki terlibat sindiket tipu kerja
Lima lekaki dan dua wanita ditahan polis dalam serbuah di sebuah kondominium di Cyberjaya.
Penahahan itu dipercayai susulan kondominium itu yang dijadikan sebagai pusat panggilan sindiket penipuan tawaran pekerjaan.
Penahahan itu dipercayai susulan kondominium itu yang dijadikan sebagai pusat panggilan sindiket penipuan tawaran pekerjaan.
Kali kelima, Ismail Sabri sambung rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, kehadiran kali kelima bagi tujuan merakam percakapan berhubung siasatan dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.

Kanser paru-paru: Saringan bersasar digalakkan, kesan penyakit lebih awal
Saringan kanser paru-paru bersasar digalakkan untuk mengesan penyakit lebih awal selain dapat dirawat dengan lebih berkesan.

COVID-19: 27 bayi antara 2,404 kes baharu dikesan di Sabah
Dua puluh tujuh bayi berusia di bawah setahun merupakan antara 2,404 kes positif baharu COVID-19 yang dikesan di Sabah menjadikan jumlah kumulatif wabak itu meningkat kepada 155,006.

Lebih 70 peratus populasi dewasa di Sarawak lengkap dua dos vaksin hujung Ogos ini
Purata kes juga menurun kepada 383 kes sehari pada bulan Julai berbanding 584 kes dan 538 kes pada bulan Jun serta Mei 2021.

COVID-19: Majlis keraian, aktiviti pada Aidiladha antara faktor peningkatan kes di Terengganu
Peningkatan kes turut disumbangkan oleh aktiviti penduduk yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) semasa sambutan Aidiladha, baru-baru ini.

Sabah larang kunjung-mengunjung, ziarah tanah perkuburan sempena Aidiladha
Sabah tidak membenarkan aktiviti rumah terbuka, jamuan, kunjung mengunjung dan ziarah tanah perkuburan sempena sambutan Aidiladha.

Peningkatan kes COVID-19 di Negeri Sembilan hasil saringan bersasar
JKNNS menganggarkan kes COVID-19 bagi tempoh tiga atau empat hari ini akan berada dalam lingkungan 750 hingga 1,000.

Varian Delta: KKM jangka kes COVID-19 terus meningkat dalam tempoh 2 minggu
Jangkaan itu disebabkan oleh peningkatan kes varian yang membimbangkan (VOC) termasuk varian Delta yang lebih mudah merebak.

COVID-19: KKM jangka kes harian mula stabil satu atau dua minggu
Lonjakan kes baharu sejak beberapa hari lepas adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar COVID-19 dilaksanakan.

29 kluster baharu dikesan, 19 daripadanya libatkan tempat kerja - Dr Noor Hisham
Sebanyak 29 kluster baharu dikesan pada Sabtu menjadikan jumlah kluster yang aktif ketika ini meningkat kepada 870 kluster.

COVID-19: 30 kluster baharu dikesan termasuk 21 kategori tempat kerja
Sebanyak 30 kluster baharu dikesan di negara ini dengan 21 daripadanya merupakan kluster tempat kerja.