Meskipun ramai doktor berpandangan bahawa minum susu boleh menguatkan tulang dan menyihatkan badan, namun kajian terbaru telah mendapati sebaliknya.
Satu kajian yang dibuat oleh The BMJ baru-baru ini membuat penemuan bahawa warga Sweden yang minum susu lembu dalam amaun yang tinggi, didapati mati lebih muda.
Selain itu, wanita pula didapati mengalami keretakan tulang.
Menurut laporan AFP, kajian tersebut mungkin boleh merubah pandangan mengenai khasiat susu namun kajian yang lebih mendalam diperlukan kerana ianya mungkin hanya kebetulan.
Satu pasukan dari Sweden telah mengumpul data dari 61,000 wanita berumur 39-74 tahun, dan memantau mereka selama 20 tahun.
Pasukan itu juga telah mengambil data dari 45,000 lelaki Sweden berumur 45-79 tahun dan memantau mereka selama 11 tahun.
Kesemua sukarelawan itu memberikan maklumat tentang cara pemakanan, cara hidup, berat badan, tabiat merokok, kekerapan bersenam, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan.
Daripada kajian itu, didapati seramai 25,500 orang daripada kumpulan sukarelawan tersebut telah meninggal manakala 22,000 dari mereka telah mengalami keretakan tulang.
Di kalangan wanita dalam kumpulan itu, 180 daripada 1,000 yang meminum tiga gelas atau lebih susu, meninggal dalam jangka 10 tahun dan lebih awal berbanding umur purata kumpulan tersebut.
Selain itu, didapati 42 daripada 1,000 individu yang minum susu dengan kuantiti yang banyak telah mengalami keratakan tulang, manakala yang meminum susu secara sederhana ialah 35 daripada 1,000 individu dan yang meminum susu dalam kuantiti yang sedikit ialah seramai 31 daripada 1,000 individu.
"Wanita yang meminum tiga atau lebih gelas susu sehari mempunyai risiko kematian 90 peratus lebih tinggi, risiko keretakan tulang pinggul 60 peratus lebih tinggi dan risiko keretakan tulang-tulang lain sebanyak 15 peratus lebih tinggi," kata penulis bersama kajian tersebut, Karl Michaelsson dari Universiti Uppsala.
Untuk lelaki pula, jumlah kematian pula ialah seramai 207 daripada 1,000 individu untuk yang meminum tiga gelas susu sehari, 189 daripada 1,000 untuk yang meminum secara sederhana, dan 182 daripada 1,000 untuk yang meminum dalam kuantiti yang sedikit.
Antara sebabnya kata penulis ialah susu mempunyai kandungan galaktos-D yang tinggi, iaitu sejenis gula yang didapati mempercepatkan penuaan dan memendekkan jangkahayat.
AFP
Wed Oct 29 2014
![Kajian terbaru: Minum susu sebabkan kematian awal? Kajian terbaru: Minum susu sebabkan kematian awal?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/61375623125_295x200.jpg)
Ramai doktor berpandangan bahawa minum susu boleh menguatkan tulang dan menyihatkan badan.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![KKM akan umum rangka kerja penggunaan CBD tahun ini - Khairy KKM akan umum rangka kerja penggunaan CBD tahun ini - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657269249_KhairyJamaluddin.jpg)
KKM akan umum rangka kerja penggunaan CBD tahun ini - Khairy
Kementerian Kesihatan akan mengumumkan rangka kerja berhubung pendaftaran produk cannabidiol (CBD) tertentu yang dijangka dilaksanakan tahun depan.
![Kajian Ipsos: KWSP organisasi paling dipercayai rakyat Malaysia Kajian Ipsos: KWSP organisasi paling dipercayai rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637639268_KSWP.jpg)
Kajian Ipsos: KWSP organisasi paling dipercayai rakyat Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi organisasi dan institusi tabung amanah yang paling dipercayai rakyat Malaysia pada tahun 2021.
![Majoriti rakyat di 9 negara mahu kekal amalan topeng muka dan penjarakan fizikal - Ipsos Majoriti rakyat di 9 negara mahu kekal amalan topeng muka dan penjarakan fizikal - Ipsos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81596350805_TBMELBOURNECOVID.jpg)
Majoriti rakyat di 9 negara mahu kekal amalan topeng muka dan penjarakan fizikal - Ipsos
Tiga perempat masyarakat di sembilan negara akan terus mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 dengan memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan fizikal meskipun setelah menerima vaksin.
![COVID-19: Pertambahan 70 peratus kes baharu, PRN Sabah cetus gelombang - Kajian COVID-19: Pertambahan 70 peratus kes baharu, PRN Sabah cetus gelombang - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81601125626_950x600.jpg)
COVID-19: Pertambahan 70 peratus kes baharu, PRN Sabah cetus gelombang - Kajian
Kajian tersebut turut melaporkan peningkatan 64.4 peratus kes baharu di negeri-negeri lain dengan tambahan 1,741 kes.
![Pengurangan kemudaratan: Vape bukan kaedah wajar ganti ketagihan merokok Pengurangan kemudaratan: Vape bukan kaedah wajar ganti ketagihan merokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611106294_vape.jpg)
Pengurangan kemudaratan: Vape bukan kaedah wajar ganti ketagihan merokok
Tidak wajar jika kerajaan berhasrat untuk menjadikan vape sebagai salah satu kaedah harm reduction (pengurangan kemudaratan) bagi ketagihan merokok.
![74 peratus syarikat Malaysia unjur pertumbuhan tahun hadapan- Kajian Kantar 74 peratus syarikat Malaysia unjur pertumbuhan tahun hadapan- Kajian Kantar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71548998727_KUALALUMPUR.jpg)
74 peratus syarikat Malaysia unjur pertumbuhan tahun hadapan- Kajian Kantar
Perniagaan di Malaysia secara keseluruhannya lebih positif berbanding negara serantau dan mampu mengatasi cabaran-cabaran ekonomi yang dihadapi ketika ini.
![Kajian UNICEF, UNFPA: 1 daripada 5 murid hilang minat ke sekolah selepas PKP Kajian UNICEF, UNFPA: 1 daripada 5 murid hilang minat ke sekolah selepas PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71604032142_TBSekolah.jpg)
Kajian UNICEF, UNFPA: 1 daripada 5 murid hilang minat ke sekolah selepas PKP
Kajian UNICEF dan UNFPA mendedahkan, peratusan murid menengah atas yang tidak hadir ke sekolah agak membimbangkan semasa sekolah dibuka semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
![Kajian UNICEF, UNFPA: Pendapatan isi rumah penengah meningkat 23 peratus berbanding tempoh PKP Kajian UNICEF, UNFPA: Pendapatan isi rumah penengah meningkat 23 peratus berbanding tempoh PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/81448521982_PPR.jpg)
Kajian UNICEF, UNFPA: Pendapatan isi rumah penengah meningkat 23 peratus berbanding tempoh PKP
pendapatan isi rumah penengah di 16 flat kos rendah di Kuala Lumpur meningkat sebanyak 23 peratus berbanding semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu kepada RM2,233.
![Dakwa Veveonah menipu: Pemimpin kerajaan tidak boleh kelihatan sombong - ILHAM Centre Dakwa Veveonah menipu: Pemimpin kerajaan tidak boleh kelihatan sombong - ILHAM Centre](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599215225_VeveonahM.jpg)
Dakwa Veveonah menipu: Pemimpin kerajaan tidak boleh kelihatan sombong - ILHAM Centre
Pemimpin perlu berhati hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak memberi persepsi kurang baik terhadap kerajaan.
![Individu berdarah A cenderung alami gejala lebih teruk - Kajian Individu berdarah A cenderung alami gejala lebih teruk - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71592450526_BekalandarahdiHRP.jpg)
Individu berdarah A cenderung alami gejala lebih teruk - Kajian
Analisis genetik pesakit COVID-19 menunjukkan bahawa jenis darah dapat mempengaruhi sama ada seseorang mengalami gejala yang lebih teruk.