KUALA LUMPUR:Perniagaan di Malaysia secara keseluruhannya lebih positif berbanding negara serantau dan mampu mengatasi cabaran-cabaran ekonomi yang dihadapi ketika ini.
Kaji Selidik dilakukan Firma Kajian Pasaran, Kantar itu menunjukkan, 74 peratus syarikat Malaysia diramal mengunjurkan pertumbuhan pada tahun hadapan, iaitu melebihi purata 60 peratus pertumbuhan untuk Asia Pasifik.
Tinjauan juga menunjukkan 76 peratus perniagaan Malaysia berharap dapat kembali ke tahap keuntungan pra COVID-19 pada akhir 2022.
Manakala, 6 peratus lagi berkata, mereka telah mencapai keuntungan berkenaan.
"Lebih ramai melihat kepada usaha memperluaskan platform digital baharu sebagai pemacu pertumbuhan penting iaitu 39 peratus, berbanding 35 peratus purata global.
"Malah di sebalik pandemik COVID-19, lebih banyak syarikat Malaysia lebih positif dalam aspek daya tahan berbanding negara-negara serantau," katanya semasa mendedahkan Kajian Kantar bertajuk HSBC's Navigator: Now, next and how for busines survey secara virtual pada Selasa.
Malah, perniagaan di Malaysia lebih yakin terhadap manfaat dan peluang bagi perdagangan antarabangsa di sebalik pandemik COVID-19.
Ia turut menyaksikan 78 peratus perniagaan di Malaysia mahu meningkatkan pelaburan dalam perniagaan mereka pada tahun hadapan di sebalik cabaran-cabaran ekonomi.
"Malah, 25 peratus perniagaan di Malaysia mahu meningkatkan pelaburan sehingga 20 peratus dalam perniagaan mereka.
"Semua syarikat berkenaan menumpukan kepada tiga perkara asas iaitu aliran tunai dan pengurusan modal, pemasaran, dan rangkaian jualan," ujarnya.
Bagi menyokong pertumbuhan perniagaan itu, syarikat-syarikat berkenaan merancang untuk terus memperluas penggunaan teknologi yang membantu segmen pelanggan, pengalaman pelanggan dan mempromosi kerjasama.
"HSBC di Malaysia akan terus memberi sokongan kepada syarikat di Malaysia untuk memandu transformasi pertumbuhan digital dan membantu mereka dalam aliran tunai dan pengurusan modal melalui penyelesaian pemasaran," tambahnya.
Selain itu, kajian juga mendapati, 74 peratus syarikat di Malaysia telah melakukan perubahan dalam tempoh 12 bulan.
"Inovasi dan kerjasama adalah rahsia kepada kejayaan masa hadapan bersandarkan lima matlamat kejayaan," katanya lagi.
Kaji selidik dilakukan pada September hingga Oktober 2020 melibatkan 10,000 syarikat merentasi 39 pasaran global termasuk Malaysia.
Ia dikendalikan Firma Kajian Pasaran, Kantar mewakili HSBC yang turut melibatkan 200 perniagaan syarikat di Malaysia.
Kajian sentimen dan jangkaan perniagaan melibatkan pasca pemulihan COVID, pelaburan perniagaan, strategi masa depan, pembentukan rantaian bekalan, dan perdagangan antarabangsa.
Rahimah Abdullah
Tue Dec 01 2020
Perniagaan di Malaysia secara keseluruhannya lebih positif berbanding negara serantau dan mampu mengatasi cabaran-cabaran ekonomi yang dihadapi ketika ini. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
74 peratus syarikat Malaysia unjur pertumbuhan tahun hadapan- Kajian Kantar
Perniagaan di Malaysia secara keseluruhannya lebih positif berbanding negara serantau dan mampu mengatasi cabaran-cabaran ekonomi yang dihadapi ketika ini.