"JANGAN bawa kuaci ke dalam stadium."
Itu pesanan Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Hasmizah Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Seri Vida, kepada penyokong bola sepak.
Perkara itu diluahkan Vida dalam satu video yang dimuat naik ke laman Facebook dan Instagram rasmi pasukan Kelantan lewat malam tadi.
Katanya, beliau mahu pasukan bola sepak yang kini dijenamakan sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) itu mempunyai bukan sahaja pemain yang berkualiti malah penyokong juga.
Membawa dan makan kuaci dalam stadium akan menyebabkan masalah kebersihan dan beliau sama sekali tidak mahu ia berlaku, apatah lagi Stadium Sultan Muhamad IV akan berwajah baharu tidak lama lagi.
BACA: Stadium merah jambu: KAFA perlu dapat kebenaran Perbadanan Stadium Kelantan
BACA: Mahu Qu Puteh taja The Red Warriors? Ini dua syarat Datuk Vida
Dalam perkembangan berkaitan, pengasas produk Qu Puteh dan jus Pamoga itu juga dilaporkan akan menyediakan kemudahan kolam ais buat pemain PQPTRW, selain sebuah gimnasium yang lengkap di Wisma Vida Beauty yang terletak di Kota Bharu.
Vida Beauty baru-baru ini mengumumkan tajaan RM16 juta untuk Kelantan bagi dua musim; 2016 dan 2017.
Madiha Abdullah
Sat Jan 23 2016
Membawa dan makan kuaci dalam stadium akan menyebabkan masalah kebersihan, kata penasihat kehormat KAFA itu.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
'Adakah Vida faham tentang bola sepak?' - Sathianathan
"Jangan cakap macam bina istana atas angin. Cakap memang cantik, tetapi realiti bola sepak tak ramai yang tahu."
'Ingatkan prank...' - Gugur air mata Cik B imbau kehilangan dua abangnya dalam kebakaran
Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.
'Saya okey saja' - Shuib tak kisah DS Vida tumpang kasih anak-anaknya
Menurut Shuib, dia tidak mempunyai masalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Vida dan dalam masa yang sama, turut menghormati pendapat netizen mengenai hal berkenaan tersebut.
'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada
Gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.
Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert
Iqbal memberitahu dia sedia menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia berikutan konsert artis antarabangsa itu ditunda.
Netizen tegur MV Raya Datuk Vida, didakwa ada unsur 'drag queen'
Video lagu raya berjudul "Muah Muah Raya" itu didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa penari 'drag queen'.
Lelaki muda dan kacak pilihan DS Vida sebagai PA baharu
Syed Qusyairy Syed Mahmud Iskandar ditawarkan gaji RM10,000 sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Vida.
Big Stage 2022: Tiada penyingkiran, semua peserta mara ke minggu seterusnya
Ketiga-tiga peserta itu berada di tangga tiga terbawah apabila mendapat markah paling rendah berdasarkan persembahan mereka untuk minggu ini.
Rindu DSV tak? Ini jawapan Iqbal: "Semestinya tidak mudah untuk ..."
"Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama..."
'Saya tak boleh bau, tapi...' - Cik B positif COVID-19
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Cik B menerusi sebuah video di akaun Instagramnya malam tadi.