ISU penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Melayu bukan sekali dua dimainkan.

Kali ini, seorang wanita yang mendakwa dirinya mempunyai kerjaya first class, ditegur netizen kerana kelantangannya mengkritik golongan masyarakat Melayu yang gemar menggunakan bahasa Inggeris sesama sendiri.


Pendapat wanita ini dikritik netizen sebagai tidak munasabah.


Apa yang menjadi isu adalah wanita terbabit seolah-olah mengarahkan kritikan tersebut kepada golongan guru. Katanya, dia tidak faham mengapa bahasa Inggeris digunakan khususnya di laman sosial, sedangkan mereka berbangsa Melayu.

Tambahnya lagi, dia berbangga dengan kelompok rakan-rakannya, yang walaupun punya kerjaya yang hebat seperti doktor dan jurutera, namun tetap memilih loghat tempatan dalam berkomunikasi.

Kritikan itu dilihat netizen sebagai sangat tidak munasabah, kerana penggunaan bahasa adalah bergantung kepada pilihan dan keselesaan seseorang individu.

Sharing from a friend;@nazira khoris #fazuhakaifa #nazirakhorisI see many other issues raised by u besides insulting...

Posted by Juhaida Abdul Aziz on


Dear #fazuhakaifa , the 1st Class" Career Woman, Do you know that facebook is a another medium of interaction? Do you...

Posted by Fatin Sarjat on


Before you voice out what you think, use your brain. I repeat, use your brain. No im not from 1st class group of people....

Posted by Tania Ala on


Never underestimate the power of a woman who majored in education and language...am considering law too...oops...just saying...... ☺





PENDIDIKAN

Malah ada juga yang memilih untuk menggunakan bahasa Inggeris atas tujuan pendidikan, memandangkan penulisan dan percakapan harian adalah penyumbang paling besar kepada keberkesanan pendidikan bahasa.

Kritikan yang dibuat wanita tersebut, kata majoriti netizen, boleh menjadi sebab mengapa mereka yang baru mahu mula belajar, berhenti separuh jalan.

Netizen juga berpendapat, sebagai seorang yang berpendidikan dan berkerjaya hebat, wanita tersebut sepatutnya lebih bijak dalam mengeluarkan pendapat dan tidak sesuka hati menjatuhkan hukuman.

PERMOHONAN MAAF

Namun dalam reaksi balas di Facebook, wanita tersebut meminta maaf dan menjelaskan bahawa kritikan itu dilontarkan berdasarkan pengalamannya sendiri.

Malah katanya, dia tidak berniat merendahkan golongan suri rumah, seperti mana yang ditafsir ramai.

Dia juga mengaku menulis status itu ketika sedang berada dalam keadaan marah dan beremosi.

Permohonan maaf dan penjelasan dari wanita terbabit.