ANTARA bekerja dari rumah dan bekerja di pejabat, anak muda lebih cenderung untuk bekerja di pejabat.

Berdasarkan beberapa kajian, pekerja dalam golongan usia muda kurang bersedia untuk bekerja dari rumah atas beberapa faktor antaranya kadar produktiviti dan budaya tempat kerja.

Sebaliknya, rakan sekerja yang lebih berpengalaman memilih untuk bekerja dari jarak jauh.

Berikut adalah faktor-faktor yang disenarikan firma audit PricewaterhouseCoopers (PwC) terhadap pekerja golongan muda yang lebih selesa bekerja di pejabat;


1) Berdasarkan kajian yang dilakukan pada Januari 2021 di Amerika Syarikat, 30 peratus pekerja dengan pengalaman kurang daripada lima tahun lebih mahu menghabiskan masa di pejabat.

2) Malah, mereka hanya mahu bekerja dari rumah tidak lebih satu hari seminggu berbanding 20 peratus repsonden lain.

3) Antara sebab utama adalah perbezaan produktiviti - 34 peratus merasakan bekerja dari rumah adalah tidak produktif.

4) Golongan pekerja muda juga merasakan bekerja dari rumah bermakna kurang interaksi dengan pekerja lain dan pengurus.

5) Ini kerana tiada komunikasi yang stabil terutama dalam membincangkan peranan secara profesional dan golongan muda dilaporkan ingin merasai budaya kerja di pejabat.

6) Perkara itu didakwa sukar dicapai apabila bekerja secara jarak jauh secara 100 peratus.