Peluang untuk menaiki kapal terbang dan melihat awan biru mungkin sesuatu yang biasa dalam kalangan kanak-kanak zaman ini.
Bagaimanapun bagi 134 kanak-kanak kurang bernasib baik dari empat rumah anak yatim di Selangor dan Perak serta pesakit kronik, peluang keemasan itu mungkin datang hanya sekali.
Usaha penganjur program Kawan Awan Sayap Impian, Rimba Raid menjadikan ia hari istimewa buat kanak-kanak ini.
Keterujaan jelas terpancar di wajah insan kecil ini sebaik sahaja mereka dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Jaya pada Sabtu.
Lebih mengembirakan apabila mereka dibawa menaiki pesawat Malindo Airways ATR72 yang disewa khas mengelilingi Kuala Lumpur dimana antaranya pandangan indah Menara Berkembar Petronas di bawah mereka.
“Kami menaiki kapal terbang buat kali pertama. Ia membuatkan kami pening, kami rasa nak termuntah. Apabila kami melihat ke bawah, naik bulu roma kami,” kata salah seorang peserta, Putri Nur Aina Mohd Faizal.
Ada juga yang berasa sungguh teruja dan kelihatan senyuman lebar yang terukir di wajah mereka.
“Pengalaman tadi memang amat seronok! Saya berasa takut dan gayat juga. Tetapi saya berharap dapat ke sini lagi untuk menaiki kapal terbang pada masa depan,” kata seorang lagi peserta, Iman Muqmin.
Kanak-kanak istimewa yang menghadapi penyakit kronik, Muhammad Haiqal, turut berkongsi sentiment yang sama.
“Rasa seronok la!” ujar Muhammad Haiqal.
Anak yatim, Jessi Supramaniam, turut berkata dia berasa amat gembira bahawa anak-anak yatim juga berpeluang menaiki kapal terbang.
“Saya sangat gembira dan tidak sama sekali sangka anak-anak yatim berpeluang menaiki kapal terbang. Oleh itu, saya amat gembira,” kata Jessi.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rimba Raid, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, inisiatif yang bertujuan memenuhi impian kanak-kanak ini diharapkan mampu membakar semangat mereka mengorak langkah demi masa depan yang lebih gemilang.
“Kami ingin memberikan harapan. Oleh itu, kami menamakan program ini sebagai Sayap Impian seperti ‘Wings of Hope’.
“Kami juga mencari juruterbang yang tidak berasal daripada keluarga yang berada. Kami ingin memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang hadir hari ini bahawa orang miskin dan kurang bernasib baik juga boleh berjaya.
“Jika mereka boleh menjadi juruterbang, apa salahnya kami berkongsi pengalaman supaya juruterbang tersebut boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini untuk berjaya,” kata Kapten Nik Huzlan ketika ditemui selepas program Kawan Awan Sayap Impian tersebut.
Antara rumah anak yatim yang dipilih menyertai program ini termasuk Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al Munirah, Yayasan Dr Izani Tanjung Malim, Padmasamabahaya Children Loving Association dan Persatuan Kebajikan Rakan Lutheran Selangor.
Isabelle Leong
Sat Aug 25 2018
![Impian anak yatim, kanak-kanak sakit kronik naik kapal terbang tertunai Impian anak yatim, kanak-kanak sakit kronik naik kapal terbang tertunai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41535199508_KawanAwan.jpg)
Usaha penganjur program Kawan Awan Sayap Impian, Rimba Raid menjadikan ia hari istimewa buat anak-anak yatim dan kanak-kanak yang menghadapi penyakit kronik. - Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728399292_MaslanUdin.jpg)
Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson, dekat sini.
![PM iftar bersama agamawan, pemimpin NGO dan agensi kerajaan PM iftar bersama agamawan, pemimpin NGO dan agensi kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710862069_AnwarIbrahim.jpg)
PM iftar bersama agamawan, pemimpin NGO dan agensi kerajaan
Anwar hari ini meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di kediaman rasmi beliau.
![Saya trauma, anak tertanya-tanya di mana daddy - Isteri Syed Danial Saya trauma, anak tertanya-tanya di mana daddy - Isteri Syed Danial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701947149_isterisyeddanial.jpg)
"Saya trauma, anak tertanya-tanya di mana daddy" - Isteri Syed Danial
Qistina Ayu Rozhan, 32, berkata anak perempuannya yang kini berumur empat tahun menjadi yatim sejak berusia tiga bulan dan hingga ke hari ini masih tertanya-tanya di mana 'daddy.'
![Semakin ramai anak yatim di Gaza Semakin ramai anak yatim di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701644485_TBJABALIA.jpg)
Semakin ramai anak yatim di Gaza
Visual dua kanak-kanak diselubungi debu, menangis ketika mereka mencari bapa mereka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
![Nahas di Kota Tinggi: Satu maut, 13 cedera termasuk 12 anak yatim Nahas di Kota Tinggi: Satu maut, 13 cedera termasuk 12 anak yatim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699073238_TBmaut.jpg)
Nahas di Kota Tinggi: Satu maut, 13 cedera termasuk 12 anak yatim
Kemalangan melibatkan kereta Nissan Sentra dipandu seorang lelaki dengan sebuah van Kia Pregio yang membawa 12 anak yatim dari Peyara.
![Amang seksual dan dera anak yatim, dua penjaga pusat jagaan ditahan Amang seksual dan dera anak yatim, dua penjaga pusat jagaan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694665812_ShadowHand.jpg)
Amang seksual dan dera anak yatim, dua penjaga pusat jagaan ditahan
Polis menahan dua penjaga sebuah pusat jagaan kanak-kanak di kerana dipercayai mendera dan melakukan ambang seksual ke atas dua anak yatim.
![6 beranak maut: Pesanan emak, gambar kenangan terakhir - Anak 6 beranak maut: Pesanan emak, gambar kenangan terakhir - Anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693655549_kebumijenazah.jpg)
6 beranak maut: Pesanan emak, gambar kenangan terakhir - Anak
Pesanan ibu tak kirim lauk dan hantaran gambar pada aplikasi WhatsApp kini hanya tinggal kenangan bagi Abdurrahman Amir Ruddin, 19.
![Sebak ambil sijil konvo bapa Sebak ambil sijil konvo bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693111878_konvo.jpg)
Sebak ambil sijil konvo bapa
Seorang anak tidak dapat menahan sebak ketika menerima sijil bagi pihak bapanya, Allahyarham Mohd Rozahar Mohd Nor, 50, yang meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru Selasa lalu.
![Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681803043_JordanMintah.jpg)
Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.
![MAIWP, Prihatin santuni 2,000 golongan asnaf MAIWP, Prihatin santuni 2,000 golongan asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681748252_MAIWPPrihatinAid.jpg)
MAIWP, Prihatin santuni 2,000 golongan asnaf
Tahun ini MAIWP mengeluarkan bajet terbesar untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sempena Ramadan dan Aidifitri ini.