TIDAK dinafikan, melihat iklan di YouTube mengganggu pengalaman menonton. Dengan Google mengharamkan penggunaan penghalang iklan, cara untuk mengelak iklan hanyalah dengan melanggan YouTube Premium.

Terbaru, Google telah mengeluarkan kenyataan yang mereka ingin memberikan pengguna pengalaman penstriman yang terbaik. Dalam ujian yang dilakukan, majoriti lebih menyukai menonton satu iklan yang panjang berbanding beberapa iklan pendek yang kerap mengganggu pengalaman menonton. Hasilnya ialah kandungan yang distrim boleh ditonton 29% lebih lama sebelum iklan disajikan.

Google turut akan memperkenalkan iklan pada YouTube Shorts di TV, memandangkan jumlah pengguna yang telah meningkat sehingga 100% antara Januari ke September 2023. Ini akan memberi peluang kepada pelbagai jenama mempromosikan produk dengan lebih mudah. - Amanz