DUBAI: Hotel tertinggi di dunia di Dubai akan dibuka pada suku pertama 2024.
Dengan ketinggian 365 meter, Hotel Ciel akan siap awal tahun depan, menurut pemaju hartanah, First Group.
Direka bentuk bersama rakan kongsi seni bina, NORR, Ciel setinggi 82 tingkat mempunyai 1,042 bilik tamu, termasuk 150 suite.
Hotel ini akan menempatkan dek dengan pemandangan panorama berlatarkan langit Dubai, Palm Jumeirah, dan Teluk Arab di tingkat 81, serta kolam renang infiniti atas bumbung dan bar di tingkat 76.
Ia juga mempunyai atrium dalaman setinggi 300 meter yang menawarkan teres berlandskap dan pengudaraan semula jadi yang disusun secara menegak yang akan memberikan penghuni ruang komunal dan interaktif.
"Kami sangat teruja untuk membawa Ciel ke latar langit Dubai, sebuah projek yang akan mentakrifkan semula layanan mewah dan terbaik," kata Ketua Pegawai Eksekutif First Group, Rob Burns.
“Walaupun menghadapi cabaran semasa pandemik, kami mencapai kemajuan besar dan berada di landasan yang kukuh untuk membuka hotel ini secara rasmi pada 2024.
"Ciel akan menawarkan tetamu pengalaman yang tiada tandingannya dengan reka bentuk unik, kemudahan mewah dan pemandangan yang menakjubkan. Ciel bukan sekadar bangunan, tetapi simbol cita-cita, inovasi, kreativiti dan kecemerlangan Dubai,” tambah Burns.
Sebuah lagi hotel Dubai, Gevora Hotel, kini memegang rekod hotel tertinggi di dunia, pada ketinggian 355 meter.
Agensi
Sun Mar 26 2023
Dengan ketinggian 365 meter, Hotel Ciel akan siap awal tahun depan. - Foto Twitter
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.
Salji tebal sebabkan gangguan di Jerman dan Perancis, Menara Eiffel ditutup
Polis Jerman berkata sekurang-kurangnya 30 orang cedera, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan, dengan kerosakan melebihi EUR1 juta.
Hotel tertinggi di dunia bakal dibuka suku pertama 2024
Dengan ketinggian 365 meter, Hotel Ciel akan siap awal tahun depan.