Menampilkan udang galah sebagai penambah rasa dan daya penarik, sajian Laksa Sarawak yang diusahakan anak jati Lundu, Nor Hayati Mohd Hamdan, 35 tahun, nyata mempunyai kelainan tersendiri berbanding hidangan lain.
Siapa sangka perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan dua tahun lalu, kini mula menjadi 'buah mulut' dan menu wajib setiap kali penduduk setempat atau pelancong luar berkunjung ke daerah tersebut.
Berkat kegigihan usahawan muda itu, ibu kepada dua cahaya mata itu mula melebarkan empayar perniagaannya dengan membuka gerai makan yang diberi nama Kak Ham di Medan Selera Lundu.
Katanya, pengunjung berpusu-pusu seawal jam 10 pagi dan sanggup beratur untuk merasai keenakan laksa Sarawak resipi istimewanya.
Lebih mengujakan, setiap hari makanan Laksa Sarawak Udang Galah yang dijual digerai Nor Hayati “laku keras” apabila jualan melebihi 50 mangkuk setiap hari.
Malah, dia mengakui mendapat sambutan luar biasa setiap kali tiba musim keraian seperti Hari Malaysia.
“Keunikan laksa Sarawak ini kelebihannya adalah udang yang digunakan memang manis. Dalam satu hari saya masak lebih dua periuk (20 mangkuk hidangan) dan ada mencecah sehingga lima periuk.
“Biasanya saya mendapat bekalan udang segar dari orang kampung. Kalau ada bekalan mereka akan hantar terus kepada saya,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini, baru-baru ini.
Nor Hayati menambah kebanyakan pengunjung memberi komen positif dan sebagai chef, dia gembira pelanggan menyukai hidangan tersebut.
Malah, gerainya turut dikunjungi pelanggan pelbagai kaum dan agama serta pelancong luar negara yang tidak mahu ketinggalan merasai keenakan sajian tersebut.
“Syukur Alhamdulillah, selain dari (penduduk) Kuching, ramai juga pelanggan yang datang dari luar negara seperti Indonesia dan Amerika Syarikat.
“Resepi (masakan) memang diwarisi turun-temurun dan sukatan (bahan masakan) juga lain daripada yang lain,” ujarnya.
Sementara itu, pelanggan dari Indonesia, Hardiyanto Rahman berkata, salah satu sebab beliau berkunjung ke Lundu adalah untuk melihat budaya dan keunikan yang ada di daerah tersebut, selain dimaklumkan mengenai keenakan Laksa Sarawak.
“Ini merupakan salah satu daerah terdekat dengan Indonesia, jadi kita mudah untuk mengenal budaya dan ciri yang sama dengan Indonesia yang mana Lundu merupakan daerah terdekat
“Pada awalnya, saya tidak tahu ini adalah menu istimewa di Malaysia. Namun, saya dan kawan-kawan dimaklumkan bahawa ia satu menu yang menarik. Ini kali pertama saya mencubanya,” katanya.
Orang ramai yang mahu menikmati keenakan Laksa Sarawak Udang Galah tersebut, harga ditawarkan bermula RM10 hingga RM50.
Hasimi Muhamad
Sun Sep 15 2019
Laksa Sarawak Udang Galah yang dijual digerai Nor Hayati. - Astro AWANI/Hasimi Mohamad
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Demonstrasi masakan buka peluang Chef Wan Noor berkhidmat di Tanah Suci
Chef Wan Noor Zamran Hashim, 52, mengetuai dapur di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat Tabung Haji, di Mekah.
Ada 'tenaga' luar biasa, permintaan terhadap makanan enak yang tinggi di Malaysia - Gordon Ramsay
Ramsay tidak mahu membuka restoran di Malaysia tanpa mengambil peluang menikmati intipati sebenar citarasa Malaysia dan Asia.
Jualan produk cecah RM7 juta, Khairulaming kini ada kilang sendiri
Khairul memaklumkan produk sulungnya, Sambal Nyet berjaya mencecah jualan RM 7.5 juta dalam tempoh setahun.
'Perang' dua chef Singapura, syarikat penerbitan UK tarik balik buku masakan
Buku masakan "Makan" oleh Elizabeth Haigh dikatakan diciplak dari buku masakan Sharon Wee, Growing Up in a Nonya Kitchen.
Chef di Guatemala menghasilkan piza di gunung berapi aktif
Seorang lelaki di Guatemala menggunakan lahar daripada sebuah gunung berapi aktif bagi memastikan kerak piza ranggup dan enak.
Pandu lalu di hotel, cara baru tarik pelanggan
Kesukaran demi kesukaran yang datang tanpa henti membuatkan pengusaha mula menggerakkan strategi baru untuk hotel mereka.
Hari Malaysia: Laksa Sarawak udang galah Lundu 'laku keras'
Perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan dua tahun lalu, kini mula menjadi 'buah mulut' dan menu wajib setiap kali penduduk setempat atau pelancong luar berkunjung ke daerah tersebut.
Hutang menggunung, empayar restoran chef selebriti Jamie Oliver akhirnya runtuh
Kira-kira 1,300 pekerja di rangkaian restoran Itali milik chef selebriti British, Jamie Oliver bakal hilang kerja selepas aset itu kini diletakkan di bawah perlindungan pemiutang.
Chef pastri Malaysia juara dunia
Mereka mengalahkan 21 chef lain dari seluruh dunia, dengan beberapa juadah pencuci mulut bertemakan coklat dan buah-buahan.
Ikut pesanan arwah bapa, Fazley Yaakob bakal naik pelamin November depan
Menurut Fazley, majlis tersebut bakal diadakan secara sederhana.