Peminat filem trilogi Back to the Future tentunya tidak akan melupakan satu babak di mana watak Marty McFly memasuki sebuah restoran dan membeli sebotol minuman jenama Pepsi Perfect.

Meraikan Hari Back to the Future pada 21 Oktober ini, Pepsi menjadikan babak yang dianggap ikonik itu sebagai satu realiti apabila edisi terhad Pepsi Perfect dipasarkan pada hari tersebut.

Sejumlah 6,500 botol Pepsi Perfect akan dijual, termasuk secara atas talian.


Sebotol Pepsi Perfect boleh didapati dengan harga AS$20.15 (RM84), sedikit rendah berbanding harga yang dipaparkan di dalam filem berkenaan iaitu AS$50 (RM208).

Tarikh 21 Oktober dipilih sebagai Hari Back to Future, bersempena dengan tarikh di mana watak McFly mengembara ke masa depan.

Filem trilogi klasik Back to the Future ditayangkan pada tahun 1985, diikuti dua sekuel pada tahun 1989 dan 1990.