Mengharamkan jualan sirip yu semata-mata bukan jalan penyelesaian, kata seorang pengusaha pelancongan.
"Apa yang kita perlukan ialah kawasan perlindungan yu atau jerung di beberapa bahagian Sabah dengan penglibatan semua pihak.
"Ini termasuk nelayan yang bergantung pada menangkap yu untuk menghasilkan makanan di atas meja," kata penasihat aktiviti menyelam Pelancongan Malaysia Clement Lee.
Beliau berkata pendekatan pendidikan jangka panjang adalah penting dalam usaha hendak menghentikan pembunuhan yu, selain beberapa inisiatif lagi.
Ini termasuk meyakinkan kerajaan persekutuan agar mengecualikan yu dari lesen yang membenarkan nelayan menangkap hidupan laut itu dari apa juga spesies.
"Nilai dan pendapatan yang terhasil dari yu yang dipelihara untuk hidup jauh lebih besar mengatasi perbuatan membunuhnya bagi mendapatkan sirip dan daging," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Persatuan Perlindungan Yu Sabah, Sabtu.
Lee berkata penyelam sering teruja bila berpeluang melihat yu atau jerung dalam persekitaran semula jadi, seperti kumpulan jerung 'Hammerhead' di Sipadan dan ini menjana pendapatan, dan pekerjaan.
"Bila yu dipotong, nilainya kecil saja. Dalam hal jerung, langsung tiada nilai oleh kerana orang tidak makan dagingnya.
"Nilainya ialah pada melihatnya hidup-hidup," ujar beliau.
Lee berkata, berasaskan pengalaman menyelamnya lebih 30 tahun, bilangan yu dan jerung kini merosot termasuk di perairan berdekatan Pulau Mantanani di Kota Belud.
Baru-baru ini, Persatuan Agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa orang ramai memulaukan restoran yang menawarkan sirip yu dalam menu mereka.
Ia berkata yu dan jerung menarik kedatangan 55,000 penyelam ke Sabah dan menjana hasil ekonomi RM323 juta.
Bernama
Sat Apr 16 2016

Spesies ini sering berakhir di meja makan, sedangkan kepuasan melihatnya secara langsung dan hidup di dalam laut adalah pengalaman yang tidak ternilai. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Misteri ikan pari bunting tanpa spesies jantan
Pemeriksaan dilakukan ke atas Charlotte mendapati terdapat kesan seperti ia mungkin mengawan dengan jerung.

Mulakan perangi rasuah dengan tekan 'jerung', bukan 'bilis' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau mahu mulakan usaha memerangi rasuah di Malaysia dengan menekan jerung, bukan ikan bilis.

Nelayan Taiwan tangkap jerung spesies prasejarah jarang dijumpai
Jerung itu adalah spesies yang jarang ditemui kerana ia hidup pada kedalaman 200-1,000 meter di bawah paras laut.

Lebih banyak ikan jerung, pari diancam kepupusan
37 peratus ikan jerung dan pari dianggap berada dalam keadaan bahaya pada tahun 2021.

Putuskan rantaian rasuah dari 'bilis' sehingga ke 'jerung'
Rasuah perlu diatasi dengan memutuskan rantaian di peringkat kecil atau 'ikan bilis' sehingga ke peringkat atasan atau 'jerung'.

Lelaki maut diserang jerung, kematian kelapan di Australia tahun ini
Seorang lelaki disahkan maut selepas diserang seekor jerung di Cable Beach, di Australia Barat.

SPRM sahkan siasat kes individu berprofil tinggi di Sarawak
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butiran kes itu kerana siasatan sedang dijalankan.

Lelaki Australia maut diserang jerung di kawasan pelancongan popular
Mangsa yang tidak sedarkan diri mengalami kecederaan serius di kedua-dua belah kaki dan juga sebelah tangannya.

Peluncur ombak terkial-kial berenang kembali ke pantai setelah kaki dibaham jerung
Warga Argentina itu segera diberikan rawatan kecemasan awal oleh pasukan paramedik sebelum digegaskan ke hospital di Perth dengan menaiki helikopter.

Seriau! Jason Statham berdepan jerung gergasi
The Meg berkisar mengenai sebuah kapal selam a yang diserang jerung pra-sejarah sepanjang lebih 21 meter.