GOOGLE Maps tampil dengan ciri baharu dalam menyediakan maklumat bervisual dan amaran bencana alam yang bakal berlaku, umum syarikat gergasi teknologi itu baru-baru ini.
Digital Trends melaporkan, dengan ciri baharu itu pengguna boleh melihat secara terperinci visual bencana alam seperti ribut, banjir atau gempa bumi sekali gus menghindari mereka daripada berkunjung ke lokasi yang berpotensi ditimpa musibah.
Ciri baharu yang dinamakan amaran SOS itu turut menyediakan ringkasan insiden beserta berita-berita terkini, nombor kecemasan untuk dihubungi dan laman web pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Pengguna terutamanya yang tinggal berhampiran dengan kawasan yang mungkin terjejas akan menerima notifikasi sehari sebelum berlakunya bencana.
Jangkaan masa kejadian juga akan dinyatakan secara spesifik.
Selain itu, 'shakemap' di mana magnitud dan pusat gempa bumi akan turut dipaparkan di dalam aplikasi berkenaan beserta kod warna yang akan digunakan untuk mengenal pasti gempa di kawasan tertentu.
Walaupun ramalan banjir sudah boleh diakses di India, Google Maps merancang untuk terus meningkatkan lebih banyak ciri yang berkaitan dengan bencana, termasuk memberi isyarat kepada pengguna untuk menggunakan laluan yang selamat.
Agensi
Sun Jun 16 2019
Google Maps tampil dengan ciri baharu dalam menyediakan maklumat bervisual ramalan bencana alam.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Google Maps kini mampu kesan bencana alam
Google Maps tampil dengan ciri baharu dalam menyediakan maklumat bervisual ramalan bencana alam