KUALA LUMPUR: Sejak sekian lama, penyakit berkaitan kardiovaskular kekal sebagai penyebab utama kematian di negara ini, dan berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, pada 2019 sahaja 23 peratus kematian pada tahun itu adalah disebabkan penyakit tersebut.
Pemerhatian pakar pula mendapati semakin ramai golongan muda yang menghidap penyakit yang mendedahkan mereka kepada serangan jantung itu.
Menurut Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Universiti Malaya Prof Madya Dr Muhammad Dzafir Ismail, lebih membimbangkan ialah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, kebanyakan rakyat mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
"Sepanjang tempoh itu, majoriti rakyat bekerja dari rumah, bermakna mereka menghabiskan hampir sepanjang masa di rumah yang turut menyebabkan pengambilan makanan tidak seimbang secara berlebihan selain kurang beriadah.
"Ramai juga yang berasa tidak bersemangat dan mengalami stres, sekali gus mendorong peningkatan cara hidup tidak sihat seperti merokok," katanya ketika dihubungi Bernama.
MAJORITI KEMATIAN ADALAH LELAKI
Mengulas lanjut, Dr Muhammad Dzafir berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia 2019, daripada 23 peratus kematian akibat penyakit kardiovaskular itu, sebanyak 16,325 kes atau 15 peratus disebabkan penyakit arteri koronari (CAD).
Jumlah itu merangkumi 11,330 kes atau 69.4 peratus kematian lelaki dan baki 4,995 kes (31.6 peratus) adalah wanita.
"CAD disebabkan oleh pembuluh darah jantung tersumbat. Proses pengumpulan lemak atau aterosklerosis adalah sebab utama penyumbatan pembuluh darah boleh berlaku, di mana bekalan oksigen yang dibawa oleh darah tidak sampai ke kawasan otot jantung. Situasi ini juga dikenali sebagai iskemia yang menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.
"Jika dibiarkan berlarutan tanpa dirawat, pesakit akan mengalami serangan jantung yang disusuli kegagalan jantung dan kematian," jelasnya.
Menurut beliau, CAD yang berlaku dalam jangka masa lama juga boleh diburukkan lagi oleh faktor risiko seperti diabetes, tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, gaya hidup tidak aktif dan keturunan.
WASPADA DENGAN PERSEKITARAN
Pada masa sama, Dr Muhammad Dzafir menasihati masyarakat agar sentiasa berwaspada akan simptom CAD, khususnya pada masa sekarang ketika ahli komuniti masih lagi diancam jangkitan COVID-19 selain bencana bah yang melanda di beberapa kawasan di negara ini.
"Antara gejala yang jelas ialah pesakit sering mengadu sakit dada, rasa seperti dihempap di bahagian tengah atau kiri dada. Rasa sakit ini adakala diiringi dengan kebas di lengan kiri, rahang, leher selain berpeluh, loya dan mungkin juga muntah.
"Bagaimanapun, bagi pesakit yang lebih berusia, penghidap diabetes atau wanita, mereka kadang-kadang tidak mengalami rasa sakit seperti ini, sebaliknya rasa sakit ringan, mengah, pengsan atau lesu melampau," jelasnya.
Katanya dengan mengenali gejala-gejala tersebut, seseorang dapat menyelamatkan nyawa pesakit dengan membawanya mendapatkan rawatan secepat mungkin.
BANYAK PILIHAN RAWATAN
Sementara itu, Perunding Pakar Bedah Kardiotoraksik di Mahkota Medical Centre Dr Kenny Cheng berkata terdapat beberapa pilihan pembedahan CAD yang ditawarkan oleh hospital di negara ini, dan yang paling popular ialah cantuman pintasan arteri koronari, iaitu mewujudkan saluran baharu bagi memintas kawasan tersumbat.
Tambah beliau, kaedah itu terbukti sangat berkesan, lebih tahan lama dengan keputusan yang lebih baik serta kos efektif untuk jangka panjang berbanding opsyen rawatan yang lain, khususnya bagi pesakit yang mempunyai lebih daripada dua penyumbatan.
"Kaedah terbaik untuk merawat arteri yang tersumbat ialah memintas bahagian yang tersumbat itu menggunakan pembuluh darah sihat yang diambil daripada tubuh pesakit, mungkin sebahagian daripada vena safenus besar di kaki atau arteri di dada atau lengan. Paling biasa digunakan ialah vena safenus kerana mudah dituai selain kepanjangannya," kata Dr Cheng.
Menjelaskan kaedah CABG menggunakan vena safenus besar, beliau berkata aliran darah dapat memintas kawasan penyumbatan menerusi laluan baharu yang wujud daripada cantuman vena di kawasan tersebut.
"Bagaimanapun, penuaian pembuluh darah secara konvensional pada kaki akan menyebabkan luka yang panjang dari buku lali hingga ke paras paha. Ini mungkin menyebabkan pendarahan ketika atau selepas pembedahan, jangkitan pada luka bedah, rasa sakit serta tempoh berada di hospital yang lebih panjang," katanya.
PROSEDUR INVASIF MINIMUM EVH
Dr Cheng berkata ada prosedur invasif minimum ditawarkan untuk menangani masalah tersebut, iaitu penuaian vena endoskopi (EVH) yang hanya memerlukan insisi sepanjang dua hingga tiga sentimeter bagi penuaian pembuluh darah.
"EVH antara kemajuan teknologi yang menjadi kaedah pilihan dalam menuai vena safenus besar.
"Teknik ini melibatkan insisi kecil di belakang sendi lutut dan vena dikeluarkan dengan bantuan kamera endoskopi. Kaedah ini mengelakkan insisi dilakukan sepanjang kaki," jelasnya.
Tambahan pula kata beliau, EVH tidak meninggalkan parut yang besar selain kurang rasa sakit, sementara risiko terkena jangkitan atau mengalami komplikasi luka bedah pula rendah di samping cepat sembuh.
Jelas Dr Cheng lagi, menerusi EVH, potensi mengalami jangkitan dalam kalangan pesakit berisiko tinggi seperti obes atau penghidap diabetes adalah empat kali lebih rendah berbanding pembedahan penuaian terbuka.
"Berdasarkan satu kajian terkini, jumlah kemasukan semula ke hospital dalam kalangan pesakit CABG kerana mengalami jangkitan pada luka insisi adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding pesakit yang memilih prosedur EVH," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022
Antara gejala yang jelas ialah pesakit sering mengadu sakit dada, rasa seperti dihempap di bahagian tengah atau kiri dada. - Gambar hiasan
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Gaya hidup tak sihat semasa PKP berisiko tingkatkan penyakit kardiovaskular - Pakar
Pada 2019 sahaja, 23 peratus kematian pada tahun itu adalah disebabkan penyakit tersebut.
Kawal pengambilan gula demi jantung yang sihat
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai diabetes dan hubungannya dengan jantung, boleh melayari portal For Your Sweetheart.
Diabetes, penyakit jantung saling berhubung? Ketahui lebih lanjut di sini!
Malaysia mencatatkan kes kematian akibat diabetes sebanyak 26,452 daripada 3.6 juta pesakit berusia antara 18 hingga 99 tahun pada 2017.
Jumlah pesakit jantung di Perlis meningkat
Bagi tempoh 10 bulan lepas juga, sebanyak 395 pesakit mendapatkan rawatan di Klinik Jantung HTF.
Keberkesanan bekam dalam merawat penyakit sedang dikaji - Dr Dzulkefly
Tiada bukti kukuh untuk menyokong keberkesanannya dalam rawatan penyakit seperti herpes zoster, facial paralysis, back pain dan sebagainya termasuk sakit kepala.
CES 2019: IBM lancar prototaip 'sensor kuku' bantu pesakit kencing manis
IBM Research memperkenalkan prototaip 'sensor kuku' pertama, yang boleh mengubah cara menggunakan data klinikal, dengan menggabungkan pembelajaran kecerdasan buatan (AI) dan mesin.
Angkat beban lebih baik untuk jantung - Kajian
Satu kajian mendapati aktiviti angkat beban, atau weight lifting, lebih sihat bagi jantung berbanding berjalan atau berlari.
Ramai rakyat Malaysia dapat penyakit jantung pada usia muda
Penyakit jantung atau kardiovascular (CVD) menyerang rakyat Malaysia pada usia yang lebih muda berbanding di negara jiran, demikian menurut Pakar Perunding Kardiologi di Institut Jantung Negara (IJN),
Menghargai nilai sebuah jantung
Pengetahuan mengenai teknologi-teknologi perubatan terkini dalam bidang kardiovaskular sewajarnya diambil tahu oleh setiap individu.