KUALA LUMPUR: Masalah gastrik yang dialami oleh sesetengah orang tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menunaikan ibadah puasa yang merupakan rukan Islam ketiga.
Pakar pemakanan dari Pusat Pengajian Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Norazmir Md Nor berkata, mereka yang telah lama menghidap penyakit itu sepatutnya membuat persiapan tertentu bagi membolehkan mereka menjalani ibadah puasa dengan lancar.
"Sebelum Ramadan, biasakan diri dengan berpuasa, mungkin hari ini separuh hari, esok lusa boleh dilanjutkan lagi mengikut ketahanan perut. Secara tidak langsung, individu itu boleh menyesuaikan diri dengan keadaan enzim perut supaya perut tidak 'terkejut' apabila perlu berpuasa.
"Sebab itu, amalan berpuasa perlu dididik sejak kecil untuk dibiasakan dengan fisiologi tubuh dengan keadaan tiada makanan dalam tempoh tertentu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Pada masa yang sama, katanya mereka juga perlu memilih makanan yang bersesuaian selain perlu makan dalam jumlah sederhana, sama ada ketika bersahur atau berbuka.
"Ketika bersahur, elakkan daripada mengambil makanan pedas, berminyak dan berempah serta minuman yang mempunyai kafein tinggi seperti teh dan kopi.
"Sewaktu berbuka pula digalakkan untuk mengambil makanan ringan terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan berat selain perlu minum air kosong yang banyak agar tubuh tidak mengalami dehidrasi," katanya.
Menurutnya gastrik berlaku disebabkan jus atau enzim gaster dalam perut dirembeskan untuk mencerna makanan pada waktu tertentu dan ketika berpuasa enzim itu tetap dikeluarkan walaupun dalam kadar yang sedikit menyebabkan perut menjadi pedih.
Bagi seorang pesakit gastrik Khairul Anwar Mat Hassan,35, mengakui penyakit itu hanya dialami ketika bulan Ramadan, namun itu tidak dijadikan sebagai halangan untuk terus berpuasa.
Menurut usahawan dari Pasir Puteh, Kelantan itu, beliau mula menghidap penyakit gastrik semasa menuntut di pusat pengajian tinggi sekitar 2007 akibat tekanan belajar sehingga terlalu kerap meninggalkan waktu makan.
"Untuk memastikan terus berpuasa, doktor menasihatkan saya untuk menukar pola pemakanan dan jenis makanan yang diambi selain turut dibekalkan dengan ubat antasid yang berfungsi untuk meneutralkan asid perut yang berlebihan," katanya.
Bagaimanapun keadaannya agak berbeza untuk Norida Mohammad Nasir, 42, yang menghidap penyakit gastrik yang serius sehingga ada masanya terpaksa meninggalkan ibadah itu kerana tidak mampu menahan kesakitan.
"Saya kena gastrik berpunca daripada ubat migrain yang menyebabkan perut saya ada ulser dan pernah menjalani pemeriksaan endoskopi. Apabila gastrik mula menyerang, saya akan mengalami rasa pedih ulu hati, perut memulas, menggigil serta loya," katanya.
Doktor juga menyarankannya agar tidak berpuasa kerana khuatir tindakan itu menyebabkan komplikasi gastrik yang semakin teruk, namun beliau tetap mencuba untuk ibadah itu jika berkemampuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 03 2021
Amalan berpuasa perlu dididik sejak kecil untuk dibiasakan dengan fisiologi tubuh dengan keadaan tiada makanan dalam tempoh tertentu. - Gambar hiasan
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
[KOLUMNIS] Jaga adab tutur kata pelihara keharmonian
Ramai antara kita yang telah melakukan perbuatan yang mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa itu sendiri.
Perdana Menteri luang masa tinjau bazar Ramadan di Kangar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Persiaran Wawasan di sini, bersempena dengan lawatan singkatnya ke Perlis.
Jadikan tadarus al-Quran program rutin bukan sahaja di bulan Ramadan
Apakah kaedah terbaik bagi kita mencari masa dan meluangkan waktu yang ada demi terus membaca dan mentaddabur al-Quran?
Ramadan: Jari-jemari juga perlu berpuasa
Di bulan Ramadan, bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga, sebaliknya, apa yang ditaip dan ditulis juga harus tidak menyinggung perasaan orang lain.
Lee akan luangkan masa berbuka puasa bersama komuniti Muslim pada Ramadan kali ini
Lee berkata semasa tempoh ini, beliau juga menggalakkan mereka yang lain melakukan perkara yang sama.
Operasi kantin sekolah berjalan seperti biasa pada Ramadan - Fadhlina
Murid bukan Islam khususnya akan turut diterapkan dengan nilai-nilai kesedaran supaya lebih faham tentang ibadah puasa bagi orang Islam.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Selasa
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Selasa, iaitu 12 Mac 2024.
Agong, Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga ATM
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama warga ATM di Masjid Khalid Al-Walid.